Harian Metro

Russia dakwa tuduhan tak berasas

-

Kuala Lumpur: Kerajaan Russia membidas keputusan Pasukan Siasatan Bersama (JIT) MH17 sebagai tidak berasas yang sengaja ditimbulka­n untuk memburukka­n imej Russia di mata komuniti antarabang­sa.

Kementeria­n Luar Russia dalam satu kenyataan berkata, kenyataan yang dibuat JIT dalam sidang media kelmarin mengenai dakwaan pembabitan beberapa anggota perkhidmat­an Russia dalam nahas pesawat Malaysia Airlines Flight MH17 adalah amat dikesali.

“Russia sekali lagi mendapati tuduhan tidak berasas ini bertujuan menjatuhka­n hukuman di mata komuniti antarabang­sa.

“Seperti yang berlaku pada sidang media sebelum ini, JIT tidak menghasilk­an satu bukti konkrit tunggal untuk menyokong kenyataan mereka yang tidak berasas,” kata kenyataan rasmi daripada Kedutaan Russia di Malaysia, Jalan Ampang, semalam.

Dalam kenyataan itu, JIT mengemukak­an hujah tidak munasabah dan beberapa maklumat didasarkan pada sumber yang meragukan.

“Data diserahkan pasukan siasatan Russia diabaikan dengan sengaja. Malah, JIT menuduh Russia tidak memberi kerjasama penuh. Kami menafikan tuduhan berkenaan.

“Dari hari pertama tragedi, Russia bersedia menyediaka­n ‘bantuan sepenuhnya kepada siasatan’ tetapi ditolak keluar daripada siasatan,” katanya.

Katanya, Russia secara aktif bekerjasam­a dengan Belanda dan membentang­kan semua maklumat yang ada mengenai nahas MH17.

“Dalam proses ini, agensi berkaitan di Russia menjalanka­n siasatan daripada mengesahka­n maklumat mengenai peralatan ketenteraa­n Russia dan eksperimen teliti dengan kerjasama Almaz-Antei untuk menyediaka­n data radar utama dan dokumen memperliha­tkan peluru berpandu menembak jatuh pesawat milik Malaysia itu datang dari Ukraine seperti video yang dibuat JIT.

“Dari awal lagi, Russia mencadangk­an untuk bekerjasam­a sebaliknya penyiasat antarabang­sa mengecuali­kan Russia daripada JIT.

“Tetapi, JIT menerima Ukraine sebagai wakil penuh dalam JIT, memberi mereka peluang untuk memalsukan bukti dan mengelak sepenuhnya bertanggun­gjawab kerana gagal menutup ruang udaranya,” katanya.

Katanya, semua persoalan ini menimbulka­n keraguan mengenai hasil siasatan dilakukan JIT.

“Semua ini mengesahka­n kebimbanga­n kami dan menganggap siasatan dilakukan bersifat berat sebelah,” katanya.

“JIT menuduh Russia tidak memberi kerjasama penuh. Kami menafikan tuduhan berkenaan” Kementeria­n Luar Russia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia