Harian Metro

Pertama kali sambut ulang tahun anak

-

Georgetown: Tiada yang lebih bermakna buat banduan yang menjalani hukuman akhir apabila pertama kali dapat menyambut ulang tahun kelahiran anak perempuan keduanya berusia sembilan tahun.

Detik berkenaan disambut Nasir (bukan nama sebenar), 36, bersama sembilan ahli keluarga yang mengunjung­inya di Program Jalinan Kasih Sambutan Hari Raya Aidilfitri, Penjara Reman Pulau Pinang, semalam.

Nasir yang menghuni penjara berkenaan sejak 2010 itu berkata, dia terharu dengan sokongan keluarga termasuk ibunya berusia 68 tahun yang turut hadir berkerusi roda.

Dia bersyukur kerana ibu dan adik-beradik yang lain menjaga dua anaknya dengan baik selepas berpisah dengan isteri.

“Setahun sekali dapat peluk anak kerana kali terakhir saya berjumpa keluarga pada Aidilfitri tahun lalu dalam program sama.

“Cuma terkilan kali ini ayah tidak dapat bersama selepas meninggal dunia April lalu akibat kencing manis,” katanya yang berasal dari Jalan Free School, Jelutong dekat sini.

Nasir, seorang daripada empat banduan akhir yang diberi peluang bertemu dengan keluarga sempena Aidilfitri selain lima yang menjalani hukuman lama dan seorang reman.

Nasir berkata, kali terakhir dia membuat rayuan bagi meringanka­n hukumannya ialah pada 2016.

“Namun masih tiada kata putus dan saya akan terus menunggu walaupun tidak pasti sama ada masih punya harapan untuk pulang ke rumah,” katanya yang menjalani hukuman kerana memiliki dadah.

Sementara itu, Pengarah Penjara Reman negeri, Tey Hock Soon berkata, daripada 1,512 penghuni, hanya 10 banduan terbabit diberi peluang bertemu keluarga berdasarka­n penampilan baik dan disiplin yang ditunjukka­n selain atas persetujua­n keluarga masing-masing.

Katanya, program tahunan yang diadakan itu memberi peluang kepada banduan dan keluarga menginsafi serta merapatkan semula silaturahi­m.

 ??  ?? NASIR dipeluk anak perempuann­ya pada Program Jalinan Kasih Sambutan Hari Raya Aidilfitri, semalam.
NASIR dipeluk anak perempuann­ya pada Program Jalinan Kasih Sambutan Hari Raya Aidilfitri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia