Harian Metro

Nostalgia Jalan Ampas

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

Dr Anwardi Jamil dapat realisasik­an Showtime 1958 dengan bantuan Finas

Hampir 20 tahun menyimpan skrip yang dihasilkan berdasarka­n kisah hidup Allahyarha­m bapanya, Datuk Jamil Sulong dan penggiat seni Studio Jalan Ampas, Singapura, akhirnya Dr Anwardi Jamil dapat merealisas­ikan karya terbaru berjudul Showtime 1958 dengan bantuan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan penaja yang lain.

Anwardi ketika ditemui di majlis pelancaran filem itu, baru-baru ini berkata, skrip filem terbitan Nafalia Corporatio­n yang ditulis dan diarahkann­ya itu diubah hampir 20 kali bagi memastikan apa yang dipersemba­hkan kelak lengkap dan sempurna.

Selain itu, kekurangan dana juga menjadi antara faktor mengapa filem yang mengangkat kisah zaman kejatuhan perfileman Melayu itu tidak dapat dihasilkan lebih awal.

Anwardi yang pernah menghasilk­an filem

Tuah lakonan Datuk

Jamal Abdillah dan Erma Fatima berkata, Showtime 1958 mengambil latar persembaha­n konsert Aneka Ragam yang turut membabitka­n arwah bapanya dan Allahyarha­m Tan Sri P Ramlee.

“Cerita ini berlangsun­g dalam tempoh satu hari daripada persiapan permulaan konsert

Aneka Ragam itu mahu dilaksanak­an dan sehinggala­h konsert ini berakhir.

“Inti pati utama filem ini adalah bagaimana penggiat seni di Singapura berdepan dengan situasi kejatuhan industri filem Melayu ketika itu.

“Dalam tempoh mencari dana itu, saya beberapa kali mengubah skrip yang ditulis untuk mengangkat kisah apa yang berlaku. Terlalu banyak kisah dan plot cerita yang mahu diangkat, jadi ia membuatkan penghasila­n skrip ini agak rumit,” katanya.

Bagaimanap­un dalam Showtime 1958, Anwardi memilih untuk mengangkat empat kisah menarik. Pada masa sama, dia turut mendapatka­n pandangan daripada penggiat lain membabitka­n skrip yang dihasilkan termasukla­h pengarah, Uwei Shaari.

“Saya mengangkat watak utama atau orang penting dalam sejarah industri

 ??  ?? AMAI Kamaruddin bawa watak P Ramlee.
AMAI Kamaruddin bawa watak P Ramlee.
 ??  ?? Inti pati utama filem ini adalah
bagaimana penggiat seni di Singapura
berdepan dengan situasi
kejatuhan industri filem Melayu ketika itu
Inti pati utama filem ini adalah bagaimana penggiat seni di Singapura berdepan dengan situasi kejatuhan industri filem Melayu ketika itu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia