Harian Metro

Kenali negeri Cik Siti Wan Kembang

- Aniza Zainudin anizazainu­din@hmetro.com.my Rumah Api Pantai Senok Kota Sultan Ismail Petra Istana Jahar

Sebut saja Kelantan, perkara pertama terlintas di fikiran adalah variasi makanan tradisiona­l lazat dan keunikan budaya warisan yang masih dikekalkan masyarakat setempat.

Berkunjung ke Kota Bharu yang menjadi ibu negeri Darul Naim ini, pastinya memberi pengalaman dan pengetahua­n berbeza sekiranya masa yang ada diperuntuk­kan sebaikbaik­nya.

Berikut antara lokasi menarik dan popular untuk dikunjungi sekiranya berpeluang bercuti ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini:

Beberapa lokasi mesti dilawati apabila berkunjung ke Kelantan

Lokasi ini menjadi tular beberapa tahun kebelakang­an ini kerana keindahan dan keistimewa­an susunan pokok ru yang menarik.

Menjadi antara lokasi wajib dikunjungi bukan saja bagi pencinta pantai, bahkan mereka yang gemar berkongsi gambar di laman sosial garagara kecantikan­nya diinspiras­ikan daripada Pulau Nami, Korea Selatan.

Sering menjadi pilihan pasangan raja sehari mengabadik­an momen indah dengan persalinan elegan. Malah tarikannya turut dipengaruh­i pantainya yang berteluk dan berbatu berlatarka­n lautan kebiruan.

Menerusi tempoh perjalanan kira-kira 30 minit dengan jarak 15 kilometer dari ibu negeri, Pantai Senok wajar dikunjungi bagi menikmati keindahan Laut China Selatan.

Kota ini menjadi mercu tanda dan pusat tumpuan pelancong yang datang ke Kota Bharu. Tersergam indah dengan ukiran dan tulisan khat menarik, Kota Sultan Ismail Petra ini berdekatan Kampung Kraftangan dan Masjid Muhammadi. Tarikan utama kota ini pastinya pintu gerbang besar atau Menara Rehal dan juga

Istana Balai Besar.

Dibina menggunaka­n kayu cengal tanpa paku mahupun skru, Istana Jahar atau Muzium Adat Istiadat ini perlu dikunjungi bukan saja kerana pengisiann­ya tetapi keunikan seni bina.

Istana ini dibina pada zaman pemerintah­an Sultan Muhammad II (1837-1886) sejurus pembukaan bandar Kota Bharu dan pembinaan Istana Balai Besar.

Mempamerka­n variasi artifak bersejarah Kelantan, destinasi ini turut menampilka­n adat istiadat diraja termasuk adat pertunanga­n, perkahwina­n, melenggang perut dan adat pijak tanah.

 ??  ?? ISTANA Jahar dibina menggunaka­n kayu cengal. PANTAI Senok menjadi Pulau Nami Malaysia yang sering jadi kunjungan pelancong.
ISTANA Jahar dibina menggunaka­n kayu cengal. PANTAI Senok menjadi Pulau Nami Malaysia yang sering jadi kunjungan pelancong.
 ??  ?? MENARA Rehal yang menarik.
MENARA Rehal yang menarik.
 ??  ?? KELONGSONG peluru yang dipamerkan di Muzium Negeri Kelantan.
KELONGSONG peluru yang dipamerkan di Muzium Negeri Kelantan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia