Harian Metro

IBU, SITI DAN MANDELA

- BERNAMA

Tun Dr Mahathir Mohamad yang genap usia 94 tahun semalam, menyifatka­n ibu beliau, Allahyarha­m Wan Tempawan Wan Hanapi sebagai individu paling berpengaru­h dalam hidupnya.

“Beliau membesarka­n saya, beliau mendidik saya tentang budi pekerti, tentang perkara yang seharusnya saya lakukan,” kata Perdana Menteri kepada Bernama Radio dalam wawancara khas sempena ulang tahun itu.

Ditanya rahsia beliau yang begitu bersemanga­t dan bertenaga, Dr Mahathir berkata, beliau kini bersederha­na dalam melakukan pelbagai perkara, termasuk makan minum selain sentiasa aktif.

“Saya jaga berat badan supaya jangan keterlalua­n dan ini bermakna saya berhati-hati bila makan dan saya berpendapa­t kalau kita tidak aktif dalam kehidupan, kita akan jadi lemah sama ada tubuh badan atau akal fikiran. Bila aktif, barulah semuanya berfungsi dengan baik,” katanya.

Jika ada kelapangan, Dr Mahathir berkata, beliau suka membaca dan menulis serta melakukan sedikit sebanyak senaman.

Mengimbau kembali ke zaman remajanya, Dr Mahathir berkata, dunia begitu mudah ketika itu kerana hidup beliau semata-mata berkisar tentang sekolah, tempat tinggal dan bandar Alor Setar ketika beliau meniti usia dewasa di kawasan kejiranan yang dihuni pelbagai kaum.

Masih terpahat dalam ingatan beliau, selain sebuah kedai yang menjual bahan pembuatan songket dan barangan gangsa, tiada kedai lain yang dikendalik­an orang Melayu ketika itu.

“Saya nak bangga dengan pencapaian orang

Melayu, tapi saya nampak tak ada sesuatu yang saya boleh bangga dengan kedudukan mereka di zaman British,” katanya.

Bagaimanap­un, Dr Mahathir menganggap kegagalan terbesar beliau adalah kegagalann­ya untuk mengubah tabiat orang Melayu dan sistem nilai mereka.

Dr Mahathir memberitah­u Bernama Radio, beliau berusaha untuk mengubah orang Melayu supaya mereka lebih serasi dengan kemajuan, bagaimanap­un sebahagian besar daripadany­a memilih untuk kekal dengan cara mereka sendiri.

Ditanya tentang pemimpin dunia yang beliau jadikan sebagai contoh, Dr Mahathir menamakan Nelson Mandela yang berjuang menentang Apartheid di Afrika Selatan, selain menyatakan beliau juga mengagumi Czar Russia Peter the Great.

“Sebab dia dapat tukar negara Russia daripada negara yang tidak tersusun supaya menjadi negara yang mampu jadi kuasa dunia,” katanya.

Mengulas kriteria yang perlu dimiliki seorang pemimpin, Dr Mahathir berkata, individu itu perlu tahu keadaan dalam negara selain perkembang­an serantau dan di seluruh dunia.

“Kita tidak boleh asingkan diri kita seolah-olah hidup tunggal (bersendiri­an), tidak ada kaitan dengan jiran dan negara-negara lain di dunia,” katanya.

Kepada soalan yang agak santai, Dr Mahathir berkata, penyanyi tempatan yang beliau minati ialah Datuk Seri Siti Nurhaliza, menggemari kopi berbanding teh dan memilih Jepun sebagai antara negara yang beliau paling suka kunjungi.

Saya nak bangga dengan pencapaian orang Melayu, tapi saya nampak tak ada sesuatu yang saya

boleh bangga

Dr Mahathir Mohamad

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? NELSON Mandela
NELSON Mandela
 ??  ?? PETER the Great
PETER the Great
 ??  ?? SITI Nurhaliza
SITI Nurhaliza

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia