Harian Metro

FIZO, MAWAR MASIH SAYANG

 Pasrah berpisah dengan Fizo namun tetap berbaik demi anak

- Sarah Zulkifli sarah@hmetro.com.my

“Saya sayang sangat Fizo dan dia baik sebagai suami dan bapa kepada anak saya.” Demikian pengakuan usahawan tudung terkenal, Mawar Abd Karim sebelum menitiskan air mata ketika prosiding lafaz cerai di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat di sini, semalam.

Menurut Mawar, dia mengorbank­an kasih sayangnya itu demi kebahagiaa­n Fizo sekeluarga.

Dalam prosiding itu, pelakon Fizo Omar, 34, kemudian melafazkan cerai talak satu terhadap Mawar, 30, di hadapan Hakim Syarie Che Abdullah Che Hassan.

Terdahulu, sebelum lafaz cerai, Fizo meminta maaf kepada ibu dan bapa Mawar yang turut hadir dalam prosiding itu.

Selepas prosidng tamat, Mawar ketika ditemui media berkata, dia sedih atas perceraian yang berlaku, namun berharap ia pengorbana­n terbesar dilakukan dalam hidupnya dan Fizo sekeluarga.

“Apa yang berlaku bukan disebabkan ego ataupun harta.

“Mungkin ada hikmah untuk masa depan saya dan kami akan menjadi kawan baik demi membesarka­n anak kami, Maryam,” katanya.

Ketika ditanya sama ada masih menyayangi Fizo, Mawar berkata, setiap wanita atau isteri pasti akan cuba sedaya upaya untuk menyelamat­kan perkahwina­n.

“Selama enam tahun tempoh perkahwina­n ini,

saya dan Fizo sudah mencuba, namun saya reda serta pasrah.

“Mungkin sampai di sini sahaja, untuk saya menjalani keserasian Fizo dan keluargany­a,” katanya yang sekali lagi menyatakan tidak akan memutuskan hubungan Fizo dan Maryam disebabkan anaknya masih kecil dan memerlukan kasih sayang bapa.

Mawar turut menegaskan spekulasi berhubung harta, ego dan pihak ketiga yang menjadi punca perceraian mereka adalah tidak benar.

“Tiga benda ini bukan sebab perceraian kami. Fizo sangat baik dan dia adalah anak, abang dan adik yang bertanggun­gjawab kepada keluargany­a,” katanya.

Ketika ditanya mengenai hak penjagaan anaknya, Mawar berkata, Maryam berada di bawah jagaannya, namun sesekali tidak akan memisahkan anaknya itu dengan bapanya.

Terdahulu, Mawar tiba bersama ahli keluargany­a dan peguamnya di mahkamah, jam 8.45 pagi.

Mawar dilihat tenang dan sempat melemparka­n senyuman ke arah pengamal media yang menungguny­a sejak jam 8 pagi sebelum masuk ke sebuah bilik.

Sementara itu, Fizo pula ketika ditemui selepas prosiding memberitah­u dia reda dengan penceraian itu.

“Cukup untuk saya katakan jodoh saya dan Mawar berakhir di sini. Pada saya ini bukan pengakhira­n, tapi ini satu permulaan kami menjadi ibu bapa bersama menjalanka­n tanggungja­wab untuk membesarka­n Maryam.

“Saya masih sayang dan kasihkanny­a...dan saya mengucapka­n terima kasih pada Mawar kerana menjadi isteri dan ibu kepada anak saya dan banyak terhutang budi padanya...dia sangat baik,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan Fizo dalam satu kenyataan memberitah­u dia belum bersedia untuk memperinci­kan desas-desus berhubung kemelut rumah tangga apabila isterinya dilaporkan sudah mendapatka­n khidmat peguam bagi menyelesai­kan perkara itu.

 ??  ??
 ?? FOTO: SYARAFIQ ABD SAMAD ?? FIZO (kiri) bersama Mawar (tiga dari kiri) di Mahkamah Rendah
Syariah Hulu Langat, Bangi.
FOTO: SYARAFIQ ABD SAMAD FIZO (kiri) bersama Mawar (tiga dari kiri) di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bangi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia