Harian Metro

Pemandu e-hailing dipenjara 24 tahun

-

Kuantan: Pemandu e-hailing dijatuhi hukuman penjara 24 tahun empat bulan dan sembilan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas mengaku bersalah atas sembilan pertuduhan melakukan samun bersenjata sejak Mei lalu.

Hakim Dazuki Ali menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohd Rozaini Roslan, 30, dari Kampung Tengah, Felda Neram 1, Kemaman, Terengganu, yang mengaku bersalah selepas semua pertuduhan dibacakan terhadapny­a.

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan samun bersenjata di sembilan premis perniagaan di daerah ini antara 18 Mei hingga 22 Jun lalu menggunaka­n senjata iaitu pisau, parang, rantai besi dan batang besi bertujuan menakutkan mangsa.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunaka­n senjata bagi setiap pertuduhan yang memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Wahidah Zainal Abidin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Mohd Rozaini merayu hukuman ke atasnya diringanka­n kerana mempunyai anak dan isteri sarat mengandung.

“Saya melakukan samun kerana terdesak untuk membayar hutang along. Segala wang samun saya gunakan untuk membayar hutang along.

“Selain itu, isteri tidak bekerja dan saya menanggung keluarga dengan pendapatan RM1,200 sebulan,” katanya ketika membuat rayuan dalam kandang tertuduh.

Mahkamah kemudian memerintah­kan tertuduh dipenjara bermula dari tarikh tangkapan pada 24 Jun lalu.

 ??  ?? MOHD Rozaini diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.
MOHD Rozaini diiringi anggota polis keluar dari Mahkamah Sesyen Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia