Harian Metro

Warga emas cabul anak jiran ditahan

-

Lelaki warga emas yang tular di Facebook melakukan gangguan seksual dan mencabul kehormatan kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun ditahan polis, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri, Wan Rukman Wan Hassan berkata, pemandu lori berusia 65 tahun itu ditahan di Lebuhraya

PLUS dekat Gopeng, Perak, jam 9.20 malam.

Beliau berkata, polis yang menjalanka­n siasatan mengesan suspek dalam perjalanan ke Padang Besar, Perlis, untuk menghantar barang lalu memintas kenderaan dipandunya dan menahannya.

Katanya, penahanan itu susulan laporan dibuat ibu mangsa berusia 49 tahun selepas melihat video tular yang memaparkan anak perempuann­ya dipaksa melakukan kelucahan melampau oleh suspek di dalam kereta.

“Wanita itu mendakwa mengenali suspek yang tinggal berhampira­n kawasan perumahann­ya sejak beberapa bulan lalu. Lelaki itu sering berkunjung ke premisnya dan rentetan itu suspek mula mengambil kesempatan terhadap mangsa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia