Harian Metro

Tergelinci­r dalam longkang

- Khairul Najib Asarulah Khan khairul.najib@nstp.com.my

 Jasad budak empat tahun bermain bersama rakan ditemui lemas

Seorang kanak-kanak lelaki ditemui lemas selepas tergelinci­r dalam longkang besar berdekatan Apartmen Dahlia, Taman Bunga Raya, Rawang, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku selepas mangsa berusia empat tahun bersama rakannya bermain berhampira­n lokasi terbabit.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Sentosa, Sharin Jasmi berkata, pihaknya menerima panggilan jam 2.16 petang sebelum sebuah jentera bersama tujuh anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, pihaknya turut menerima bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Shah Alam dalam operasi terbabit.

“Mayat mangsa berjaya ditemui jam 4.10 petang dengan jarak 1.5 meter dari lokasi dia dilaporkan terjatuh pada kedalaman empat meter.

“Pihak bomba kemudian menyerahka­n mayat mangsa kepada polis untuk tindakan lanjut,” katamya.

 ??  ?? KANAK-KANAK lelaki mati lemas selepas terjatuh dalam sebuah longkang berhampira­n Apartment Dahlia, Taman Bunga Raya.
KANAK-KANAK lelaki mati lemas selepas terjatuh dalam sebuah longkang berhampira­n Apartment Dahlia, Taman Bunga Raya.
 ??  ?? MAYAT mangsa ditemui jam 4.10 petang dengan jarak 1.5 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.
MAYAT mangsa ditemui jam 4.10 petang dengan jarak 1.5 meter dari lokasi dilaporkan terjatuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia