Harian Metro

Resort Jamal Yunos dilelong RM4.5 juta

-

Sekin Fishermen Village Hotel & Resort milik Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos dilaporkan akan dilelong pada harga RM4.5 juta.

Iklan mengenai lelongan terbabit dimuat naik semalam menerusi laman sosial Facebook yang memaparkan lelongan harta di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Jamal berkata, resort terbabit akan dilelong pada 15 Julai ini.

“Saya akan menjualnya, harga RM4.5 juta adalah murah dan berbaloi untuk pelaburan jangka panjang.

“Jangan lepaskan peluang ini, perkataan lelong mungkin menggambar­kan saya sedang tenat atau teruk tapi saya melihat ia adalah platform terbaik kerana ada ejen yang akan membantu urusan menjual resort ini,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia