Harian Metro

Serbu tapak projek tahan 61 warga asing

-

Kuala Lumpur: Seramai 44 warga Bangladesh antara 61 warga asing yang ditahan atas pelbagai kesalahan dalam serbuan di tapak binaan di Jalan Pudu Perdana, semalam.

Serbuan jam 11 pagi itu dilakukan sepasukan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur dengan kerjasama agensi penguat kuasaan lain.

Pengarah JIM Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur Hamidi Adam berkata, pihaknya memeriksa 125 individu yang bekerja di tapak pembinaan terbabit dalam operasi itu.

Katanya, ketika serbuan, terdapat pekerja warga asing cuba melarikan diri dengan memanjat bumbung dan bersembuny­i dalam bangunan, namun gagal.

“Dalam operasi itu, kami menahan seramai 44 warga Bangladesh, selain Indonesia (12), Myanmar (2), Vietnam (1), Pakistan (1) serta India (1) dan seorang majikan tempatan.

“Semua yang ditahan berusia antara 25 hingga 45 tahun,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(c) dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Pindaan 2002) serta Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1959/63.

 ??  ?? WARGA asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu JIM di Jalan Pudu Perdana.
WARGA asing yang ditahan dalam Operasi Bersepadu JIM di Jalan Pudu Perdana.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia