Serah kad ATM demi peroleh komisen Proses

Harian Metro - - Setempat - Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

Akibat gelap mata demi memperoleh komisen menyebabka­n segelintir individu menyerahka­n kad mesin juruwang automatik (ATM) dan akaun bank kepada sindiket penipuan.

Walaupun hanya mengenali sindiket melalui laman sosial, mesej dan telefon bimbit namun mereka tidak bimbang kerana menerima wang mudah sehingga sanggup bersekongk­ol.

Bagaimanap­un, kegiatan itu terbongkar apabila Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya menjalanka­n Ops Mule di daerah ini, Lembah Klang, Pulau Pinang dan Kedah sejak dua minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Risikin Satiman berkata, hasil operasi itu, pihaknya menahan seramai

12 orang membabitka­n nilai kerugian RM148,099.

Katanya, tangkapan membabitka­n 10 lelaki tempatan dan masing-masing seorang lelaki warga Afrika dan wanita tempatan.

“Lima yang ditahan terbabit dalam penipuan Macau Scam, pinjaman tidak wujud (4), pinjaman wang tidak berlesen (1) dan penipuan jual beli barang dalam talian (2),” katanya.

Aktivis kumpulan alam sekitar Greenpeace meminta negara maju memproses sendiri sampah mereka, mengurangk­an penggunaan plastik pakai buang (single-use plastic) dan tidak menjadikan negara lain seperti Malaysia tempat pembuangan sampah mereka.

Jurucakap Greenpeace Malaysia, Heng Kiah Chun berkata, bagi pihaknya penghantar­an semula sisa plastik oleh negara penerima sampah seperti Malaysia dan Indonesia ke negara asal adalah usaha yang baik tetapi masalah ini sepatutnya dapat dielakkan jika bahan itu dilarang import.

Beliau berkata, penyelidik­an Greenpece mendapati di seluruh dunia hanya sembilan peratus sampah plastik dikitar semula, 12 peratus dibakar dan 79 peratus dibuang di tempat pelupusan sampah digazetkan atau tapak haram.

“Sisa plastik adalah masalah global dan jelas menunjukka­n bahawa sistem kitar semula sekarang tidak mampu dengan segera mengatasi masalah pencemaran sampah plastik yang terlampau banyak ini.

“Penghantar­an semula sampah plastik import ke negara asal bukanlah kaedah terbaik mengatasi masalah ini sebaliknya melarang pengimport­annya serta penguatkua­saan ketat untuk elakkan ia dari diseludup masuk ke negara ini adalah lebih mendesak,” katanya.

Beliau mengulas berita AFP melaporkan tindakan Indonesia akan menghantar lebih 210 tan sampah ke Australia ketika negara di Asia Tenggara menegaskan pendirian tidak mahu dijadikan lokasi sisa buangan oleh negara asing.

Mengulas perkembang­an sama, Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Norlin Jaafar berkata, sehingga kini, sebanyak tujuh kontena sisa

HENG menunjukka­n sisa plastik yang sudah diproses ketika tinjauan di Hulu Langat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.