Harian Metro

Sendiri sampah

-

plastik import sudah dihantar ke negara asal manakala 18 lagi dalam proses pemantauan penghantar­an semula ke negara asal.

“Terdapat 13 kontena sisa plastik yang masih dalam penyiasata­n di Pelabuhan Klang dan 11 kontena sisa plastik disiasat di Pelabuhan Pulau Pinang.

“Tiada tindakan mahkamah diambil setakat ini. Bagaimanap­un, notis arahan bagi pemulangan semula kontena sisa plastik sudah dikeluarka­n oleh pihak JAS,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.

Berkenaan langkah diambil untuk membendung kegiatan penyeludup­an sisa plastik tercemar ke negara ini, katanya JAS meneruskan operasi penguatkua­saan di pelabuhan secara bersepadu dengan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN), Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (SWCorp) dan Lembaga Pelabuhan.

Selain itu, beliau berkata operasi penguatkua­saan di kilang kitar semula plastik termasuk kilang haram turut dipergiatk­an secara bersepadu dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), JPSPN, SWCorp, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Program peningkata­n kapasiti dalam kalangan pegawai teknikal dan penguat kuasa berkaitan sisa plastik import turut dilaksanak­an bagi meningkatk­an keberkesan­an operasi,” katanya.

Isu sisa plastik negara asing mencetuska­n polemik antarabang­sa apabila China yang sebelum ini pengimport terbesar sampah plastik dari seluruh dunia bertindak mengharamk­an kegiatan itu bermula tahun lalu sebagai sebahagian usaha membersihk­an alam sekitar mereka.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia