Harian Metro

Dijanji duit RM15,000 untuk gambar aib

-

Ampang: Impian seorang gadis mahu bergelar ‘supermodel’ bertukar tragedi apabila diugut kenalan wanita yang mahu menyebarka­n gambar bogelnya menerusi aplikasi WeChat.

Jurujual Angeline Lee, 23, berkata episod hitam itu berlaku pada awal bulan ini apabila dia mengenali seorang wanita yang memperkena­lkan diri sebagai Miss Ting di aplikasi terbabit.

Menurutnya, Ting kemudian memintanya menghantar gambar kakinya jika mahu mendapatka­n wang.

“Saya hanya memenuhi permintaan­nya tanpa persoalan kerana Ting berjanji bahawa gambar itu hanya akan dimuat naik di laman web negara China sahaja, dan bukan untuk pasaran tempatan.

“Saya mula menjadi gelap mata kerana dia akan membayar RM35 untuk sekeping gambar kaki berserta wajah.

“Ting turut menawarkan bayaran RM80 untuk gambar punggung dan kaki ke bawah selain memberikan saya beberapa sampel gambar untuk rujukan,” katanya.

Angeline berkata demikian pada sidang media di Biro Aduan MCA di Wisma MCA Jalan Ampang di sini, semalam.

Menurutnya, Ting turut meminta untuk mengambil beberapa keping gambar bogel dan video dirinya dengan bayaran RM500 sekeping dan RM1,000 untuk setiap video.

“Saya bersetuju dan menghantar 20 keping gambar termasuk gambar bogel dan lima video yang dihantar melalui aplikasi WeChat pada 5 Julai lalu.

“Selain itu, Ting juga berjanji mahu membayar sebanyak RM15,000 pada keesokkann­ya, tetapi sehingga hari ini saya tidak mendapat apa-apa bayaran.

“Lebih memburukka­n keadaan, Ting meminta membuat video tidak senonoh, namun saya enggan menyebabka­n dia mengugut mahu menyebarka­n gambar saya di media sosial termasuk kepada kenalan dan keluarga,” katanya.

Katanya, Ting kemudian meminta dia memasukkan wang sebanyak RM800 ke dalam akaun bank tempatan, namun dia hanya memasukkan RM350 kerana tiada wang.

“Saya kemudian menerima ugutan menyebarka­n gambar bogel daripada dua individu tidak dikenali di Facebook dan Instagram selain meminta saya memasukkan wang RM800 ke dalam akaun mereka,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, wanita yang menjadi mangsa ugutan perlu tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, mereka juga dinasihatk­an tidak membuat pembayaran dalam bentuk wang jika diugut.

 ??  ?? LEE
LEE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia