Harian Metro

Sambung reman lelaki tikam isteri

-

Tempoh reman lelaki yang menikam isteri hingga mati dalam kejadian 3 Julai lalu disambung tujuh hari lagi bermula semalam.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, lelaki berusia 56 tahun itu kini dipindahka­n dari zon merah Hospital Melaka (HM) ke wad psikiatrik di bawah pemantauan doktor.

“Setakat ini, tiada apa-apa lagi keputusan daripada doktor (mengenai sakit mental) yang memantauny­a di wad psikiatrik.

“Tempoh reman pertama berakhir hari ini

(semalam) dan kita akan memohon reman dilanjutka­n tujuh hari lagi untuk membantu siasatan,” katanya.

Dalam kejadian di Taman Seri Duyong, Fasa 2 di sini, kira-kira 10 pagi itu, Samnah Mohamed, 55, maut dengan empat kesan tikaman di badan. Suaminya cedera dengan dua kesan tikaman apabila menikam dirinya selepas itu, dibawa ke HM dan menerima rawatan di zon merah. Semakan awal polis mendapati, suspek yang tinggal di rumah bersama isterinya itu mempunyai dua rekod jenayah berkaitan kes curi dan positif dadah syabu, Jun lalu.

Suspek turut mempunyai kad rawatan psikiatrik di HM dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia