Harian Metro

Borang sudah dihantar!

- Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor mohdhelmi@hmetro.com.my

 Norman sertai Bersatu bantu bangun anak bangsa

“Saya reda jika dikritik dan penyertaan ini bagi membantu membangunk­an anak bangsa,” kata penerbit terkenal, Datuk Norman Abdul Halim atau Norman KRU yang mengesahka­n menyertai

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), semalam.

Norman berkata, borang penyertaan itu dihantar kepada Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Abu Bakar Yahya di Putrajaya, kelmarin.

“Alhamdulil­lah, saya diterima sebagai ahli Bersatu Bahagian

Putrajaya pada hari ini (semalam). Penyertaan bertujuan menyambut seruan Perdana Menteri supaya orang Melayu bersatu dalam satu parti yang menjadi wadah kejayaan negara,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Norman yang sebelum ini ahli Umno berkata, beliau bukan orang penting dalam politik dan tidak pernah berhasrat memegang sebarang jawatan dalam parti pembangkan­g.

“Hasrat yang sama terulang apabila penyertaan saya sah bersama Bersatu, hari ini (semalam). Saya merasakan penting menyertai Bersatu bagi menyumbang tenaga untuk membangunk­an negara dan anak bangsa,” katanya.

Menurutnya, beliau tidak kisah sekiranya dikritik mana-mana pihak dalam penyertaan parti baru itu.

“Semua pendapat dan cara masing-masing untuk menterjema­hkan perjuangan kita yang cintakan negara. Ada yang memilih bersama parti pemerintah dan ada juga mahu bersama parti lawan atau bebas.

“Saya mempunyai corak tersendiri dan yakin apa yang ingin dilakukan dapat membantu rakyat serta mencapai aspirasi kerajaan,” katanya.

Katanya, industri kreatif mampu menjadi penyumbang ekonomi negara dan besar harapan penyertaan itu membantu belia serta keusahawan­an dan pendidikan berkaitan industri kreatif.

 ??  ??
 ??  ?? HAWA Rizwana
HAWA Rizwana

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia