Harian Metro

Banyak tawaran duta tudung

-

Kuala Lumpur: Pelakon popular, Lisa Surihani mengakui mendapat banyak tawaran menjadi duta tudung selepas mula berhijab tiga minggu lalu.

Bagaimanap­un, Lisa, 33, atau nama sebenarnya

Lisa Surihani Mohamed berkata, buat masa sekarang dia tidak mahu terburu-buru dengan tawaran diberikan.

“Ada tawaran menjadi duta, tapi buat masa sekarang belum lagi. Biar proses ini berjalan secara perlahan-lahan. Sebab takut sangat jika niat tersasar.

“Dalam masa sama, saya tak berani nak beri kata putus sama ada tidak mahu atau nak buat. Tak berani nak cakap macam itu, nanti termakan janji apa kita cakap.

“Janji bukan saja pada manusia, tapi kita ada janji pada diri sendiri juga. Kalau langgar janji diri sendiri, sebenarnya lebih teruk. Jadi kena berhati-hati. Saya anggap segala apa dilalui adalah proses mengajar kita kerana ada kalanya akan tumpas jua,” katanya.

Selain itu, Lisa yang pelakon filem Istanbul

Aku Datang berkongsi mendapat banyak hadiah tudung termasuk daripada pengusaha jenama Duck iaitu Datin Vivy Yusuf.

Malah, Lisa berkata, dia juga menerima banyak kiriman mesej peribadi (DM) di Instagram yang ingin menghantar dan menghadiah­kannya tudung.

“Alhamdulil­lah, apa yang saya nampak mereka nak membantu dengan perjalanan spiritual sedang dilalui ini. Kalau nak tahu, sewaktu dapat hadiah pemberian

Vivy ini, mak terkejut sebab dia menjangka saya tudung.

“Saya menjadi sekejap sebab mustahil tak ingat benda yang dibeli.

Saya cakap tak ada pun. Jadi, apabila pulang

shopping

blur

ke rumah, saya tengok ada tiga beg. Saya terus mesej dan cakap terima kasih.

Dia cakap gembira dengan keputusan saya ini.

“Begitu juga apabila ramai peminat DM nak hantar tudung. Saya berterima kasih dengan tawaran ikhlas mereka. Setakat ini memang banyak yang berikan hadiah.

Masih berfikir nak susun macam mana,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia