Harian Metro

‘Saya bukan pengganti Elfira’

-

Kuala Lumpur: “Saya bukan pengganti Elfira Loy dan kami sekadar kawan,” kata penyampai berita TV9, Hawa Rizwana Ahmad Redzuan, 24, yang menafikan menjalin hubungan cinta bersama penyanyi, Sufian Suhaimi, 27.

Hawa Rizwana berkata, dakwaan pihak tertentu mengatakan dia dan Sufian bercinta tidak benar sama sekali.

Katanya, dia mengenali Sufian sejak 2017 berikutan penyanyi yang popular dengan lagu Di Matamu itu menyambung pengajian Ijazah Sarjana di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam.

“Ketika itu Sufian di bawah kendalian ayah (Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman) yang juga pensyarah di UiTM.

“Sufian sering ke rumah di Subang Jaya dan sejak itu kami berkawan,” katanya.

Menurutnya, persahabat­an dibina semakin erat apabila mereka membintang­i drama, Aku Tak Raya yang disiarkan pada Syawal lalu.

“Saya tiada (perasaan) untuk percintaan dan kami juga tidak ke arah itu. Saya mahu katakan bukan pengganti Elfira Loy (bekas tunang Sufian),” katanya.

Katanya, selain Sufian dia juga berkawan dengan Elfira sehingga kini.

 ??  ?? LISA Surihani
LISA Surihani

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia