Harian Metro

Tunggu laporan

- Skuad Khas Harian Metro am@hmetro.com.my

 Tindakan hanya diambil selepas siasatan rapi

Kementeria­n Pertanian dan Industri Asas Tani masih menunggu laporan terperinci daripada Jabatan Perikanan sebelum mengambil tindakan selanjutny­a terhadap pihak bersekongk­ol dalam isu bot klon dan lesen alibaba membabitka­n nelayan Vietnam

Menterinya, Datuk Salahuddin Ayub berkata, tindakan hanya akan diputuskan selepas meneliti segala maklumat aktiviti haram itu menerusi Jabatan Perikanan.

“Saya memang maklum berdasarka­n pendedahan Harian Metro (HM) itu. Berdasarka­n nombor pendaftara­n vesel kita arahkan Jabatan Perikanan buat siasatan rapi untuk kenal pasti siapa pemiliknya

dan kesalahan dilakukan.

“Kita sudah ada peraturan dan akta semalam (kelmarin) pun baru diluluskan (Rang Undang-Undang Perikanan (Pindaan) 2019 jadi buat masa ini, saya tidak boleh buat keputusan berdasarka­n hanya laporan (HM) saja.

“Nanti dapatan siasatan itu saya akan teliti barulah saya boleh kemukakan tindakan seterusnya. Undang-undang memang ada cuma cara mana kita nak bina (laksanakan) bergantung kepada hasil siasatan itu,” katanya ketika ditemui Harian Metro di Parlimen di sini, semalam.

Menjawab dakwaan penguatkua­saan lemah punca berlaku ketirisan, beliau meminta pihaknya diberi ruang untuk menyiasat.

“Saya tidak sampai ke situ biar saya dapatkan maklumat itu dulu. Selepas itu, saya akan buat kenyataan lain,” katanya.

 ?? Salahuddin ?? Berdasarka­n nombor pendaftara­n vesel kita arahkan Jabatan Perikanan buat siasatan rapi untuk kenal pasti siapa pemiliknya dan kesalahan dilakukan”
Salahuddin Berdasarka­n nombor pendaftara­n vesel kita arahkan Jabatan Perikanan buat siasatan rapi untuk kenal pasti siapa pemiliknya dan kesalahan dilakukan”
 ??  ?? BOT nelayan Vietnam yang ditahan ketika merompak hasil negara.
BOT nelayan Vietnam yang ditahan ketika merompak hasil negara.
 ??  ?? DARI kiri Ahmad Tarmizi, Che Alias dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizuk­irnain Abd Kadir berbincang mengenai kawasan yang terjejas akibat penceroboh­an nelayan di Terengganu di bangunan Parlimen.
DARI kiri Ahmad Tarmizi, Che Alias dan Ahli Parlimen Setiu, Shaharizuk­irnain Abd Kadir berbincang mengenai kawasan yang terjejas akibat penceroboh­an nelayan di Terengganu di bangunan Parlimen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia