Harian Metro

TLDM tahan penceroboh

-

Kuantan: Sebuah bot nelayan Vietnam menggunaka­n nombor pendaftara­n tempatan ditahan ketika mengaut hasil laut negara pada kedudukan 57 batu nautika dari Pulau Tioman di sini, jam 7 pagi, semalam.

Timbalan Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Pahang Kepten Maritim V Pannir Selvan berkata, bot nelayan itu ditahan KD Ganyang Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terbabit dalam satu latihan.

Beliau berkata, TLDM kemudian menyerahka­n bot dan tangkapan membabitka­n tekong dan kru berusia 18 hingga 50 tahun kepada pihaknya.

“Bot berkenaan dikesan membawa hasil laut dianggarka­n seberat hampir 100 kilogram (kg) dipercayai hasil aktiviti menangkap ikan di perairan negara.

“Kami tidak menolak kemungkina­n hasil laut ini akan dibawa keluar dan dijual di negara asing pada harga lebih tinggi,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Beliau berkata, secara keseluruha­n rampasan bot, peralatan menangkap ikan dan hasil laut disita dianggarka­n bernilai RM1 Juta.

Katanya, kes disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 kerana tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah dan Akta Perikanan 1985 kerana menangkap ikan di perairan Malaysia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia