Harian Metro

Hidu taktik 3 bot klon

-

Chukai: Tiga bot klon nelayan Vietnam dikesan menggunaka­n nombor pendaftara­n nelayan tempatan dari Kelantan dan Pahang bagi mengaburi mata pihak berkuasa ketika merompak hasil laut negara.

Taktik itu dihidu Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) dan ditahan dalam Op Iman membabitka­n sekitar perairan negeri ini, Isnin lalu.

Pengarah APMM Zon Maritim Kemaman, Komander Maritim Rashidilha­di Abd Rashid berkata, pihaknya turut menahan 34 nelayan.

Menurutnya, ketiga-tiga bot terbabit menggunaka­n nombor pendaftara­n KNF 7702, PAF 4578 dan PAF 4091 ditahan sekitar kawasan 73 hingga 104 batu nautika kawasan timur laut Kuala Kemaman, bermula jam 11.35 pagi hingga 6 petang.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati terdapat 32 nelayan Vietnam termasuk tekong berusia antara 16 hingga 59 tahun.

“Dua lagi yang ditahan adalah nelayan warga Thailand berusia 38 dan 47 tahun,” katanya pada sidang media di Jeti APMM Kemaman di sini, semalam.

Rashidilha­di berkata, siasatan mendapati semua bot itu membawa 2.5 tan ikan campur dan satu tan ikan baja.

“Semua hasil tangkapan seperti bot, diesel sebanyak 1,250 liter dan peralatan menangkap ikan bernilai RM3 juta dirampas. Nelayan dan bot kemudian di bawa ke jeti ini petang semalam (kelmarin) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia