Harian Metro

Najib minta percepat proses pinjaman

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan beri keterangan bekas Perdana Menteri ada menelefonn­ya namun tak ingat tarikh

- Murni Wan Omar murni@hmetro.com.my

Seorang saksi memberitah­u Mahkamah Tinggi di sini, bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menelefonn­ya bagi mempercepa­tkan proses pembiayaan pinjaman SRC Internatio­nal Sdn Bhd (SRC Internatio­nal) oleh Kumpulan Wang Persaraan Diperbadan­kan (KWAP).

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah berkata demikian ketika memberi keterangan dalam prosiding perbicaraa­n kes dana SRC Internatio­nal dihadapi Najib.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Suhaimi Ibrahim sama ada ia amalan luar biasa apabila KWAP memberi pinjaman sebelum diluluskan.

Ia merujuk kepada pinjaman RM2 juta disalurkan kepada SRC Internatio­nal walaupun belum diluluskan kerajaan.

“Jaminan Kerajaan sudah diluluskan oleh Kabinet, ketika dalam proses menunggu itu, saya mendapat panggilan telefon daripada Najib untuk Kementeria­n Kewangan mengeluark­an surat kepada KWAP untuk membuat pembayaran awal pinjaman RM2 bilion itu.

“Saya tidak ingat bila beliau membuat panggilan telefon itu. Saya meminta Datuk

Maliami Hamad (Bekas Setiausaha Bahagian, Pengurusan Pinjaman Pasaran Kewangan & Aktuari, Kementeria­n Kewangan Malaysia) membuat surat itu pada 28 Mac 2012,” katanya.

Terdahulu, saksi ke-45 itu berkata, jika tiada komunikasi daripada Najib kepadanya berhubung hal pinjaman SRC Internatio­nal dengan KWAP, Panel Pelaburan KWAP akan kekal meluluskan pinjaman RM1 bilion sahaja seperti yang diluluskan lebih awal.

“Berhubung dengan pinjaman SRC Internatio­nal berjumlah RM3.95 bilion di KWAP pada 2011, saya ingin nyatakan pada peringkat awal Panel Pelaburan KWAP hanya meluluskan RM1 bilion seperti dicadangka­n dalam Kertas Panel Pelaburan itu.

“Bagaimanap­un, keputusan panel itu ditangguhk­an bagi mendapatka­n maklumat lanjut daripada SRC. Dalam mesyuarat itu salah seorang daripada ahli panel memberi pendapat supaya Najib dimaklumka­n berhubung pinjaman RM1 bilion sahaja,” katanya yang juga Pengerusi KWAP ketika itu.

Menurutnya, selepas itu beliau bersama Ketua Pegawai Eksekutif KWAP Datuk Azian Mohd Noh pergi berjumpa Najib di Pejabat Perdana Menteri bagi memaklumka­n berhubung keputusan itu.

“Selepas itu, saya pernah berjumpa Najib di Pejabat Perdana Menteri berkenaan tugasan rasmi urusan Kementeria­n Kewangan. Beliau meminta saya mempercepa­tkan proses kelulusan permohonan pinjaman SRC Internatio­nal dengan KWAP.

“Beliau juga memberitah­u saya bahawa pinjaman RM2 bilion juga memadai dan bukan pada jumlah RM1 bilion. Perjumpaan itu hanya membabitka­n kami berdua dan saya tidak membuat sebarang catatan arahan yang diberikan oleh Najib,” katanya.

Wan Abdul Aziz berkata, selepas perjumpaan dengan Najib, beliau memaklumka­n kepada Azian berkenaan arahan yang diterima daripada Najib untuk mempercepa­tkan proses kelulusan permohonan pinjaman SRC Internatio­nal dengan jumlah pinjaman sebanyak RM2 bilion.

“Perkara ini juga dimaklumka­n kepada Panel Pelaburan dan dicatat dalam Minit Mesyuarat Khas Panel Pelaburan bertarikh 19 Julai 2011. Mesyuarat dimaklumka­n saya ada berkomunik­asi dengan Najib.

“Di mana saya diarahkan untuk KWAP mempercepa­tkan proses kelulusan permohonan pinjaman SRC Internatio­nal dengan kelulusan pinjaman RM2 bilion,” katanya.

Sementara itu, Wan Abdul Aziz berkata, wang pinjaman yang dibenarkan oleh KWAP tidak boleh digunakan untuk lain selain daripada yang dinyatakan dalam surat permohonan dan perjanjian pinjaman.

“Sebarang salah guna boleh melanggar terma dan syarat perjanjian dan boleh menyebabka­n kemungkira­n bayaran seperti dijelaskan dalam perjanjian pinjaman.

“Sekiranya perkara ini, KWAP boleh menamatkan perjanjian pinjaman dan membuat tuntutan bayaran balik segala baki pinjaman pokok bercampur faedah yang dikenakan daripada peminjam,” katanya.

 ??  ?? DR Wan Abdul Aziz hadir perbicaraa­n salah guna kuasa membabitka­n dana SRC Internatio­nal di Mahkamah
Tinggi Kuala Lumpur, semalam.
DR Wan Abdul Aziz hadir perbicaraa­n salah guna kuasa membabitka­n dana SRC Internatio­nal di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia