Harian Metro

Tengku Adnan catat ‘sila setuju’ pada surat

- Perbicaraa­n di hadapan Hakim Mohamed Zaini Mazlan bersambung hari ini.

Kuala Lumpur: Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu oleh seorang saksi bahawa bekas Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor sudah diberi perakuan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bagi menjalanka­n kuasa untuk pelupusan harta tak alih milik DBKL.

Bekas Pengarah Penilaian di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta (JPPH) DBKL Kamariah Ibrahim, 62, dalam penyataan saksinya berkata, perakuan itu dikeluarka­n DBKL kepada Tengku Adnan dan ditandatan­gani oleh beliau pada 28 Mei 2015.

“Perakuan itu bagi menjalanka­n kuasa yang diberikan oleh beliau sebagai menteri yang bertanggun­gjawab bagi Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur, bersetuju pelupusan harta tak alih milik DBKL iaitu Lot 53427 dan Lot 53653 di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur kepada syarikat Aset Kayamas Sdn Bhd (Aset Kayamas).

“Selepas mendapat persetujua­n daripada Menteri Wilayah Persekutua­n, saya mengarahka­n Puan Razailia Khalid mengeluark­an surat tawaran kepada syarikat Aset Kayamas,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perbicaraa­n kes rasuah RM2 juta dihadapi Tengku Adnan.

Mengikut pertuduhan, Tengku Adnan sebagai seorang penjawat awam iaitu Menteri Wilayah Persekutua­n didakwa menerima untuk dirinya wang berjumlah RM2 juta daripada ahli perniagaan, Tan Sri Chai Kin Kong melalui cek Hong Leong Islamic Bank (HLIB) milik syarikat Aset Kayamas yang didepositk­an ke dalam akaun CIMB Bank milik Tadmansori Holdings Sdn Bhd (Tadmansori) yang beliau mempunyai kepentinga­n yang diketahui Aset Kayamas ada perhubunga­n dengan kerja-kerja rasminya.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu di CIMB Bank Berhad, Cawangan Pusat Bandar Damansara, pada 14 Jun 2016, mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan, yang memperuntu­kkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-dua sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu dalam pemeriksaa­n utama oleh Timbalan Pendakwa Raya, Haderiah Siri, saksi itu berkata, pada peringkat awal terdapat surat daripada pemaju, Aset Kayamas yang dihantar ke JPPH.

Menurutnya, terdapat catatan oleh Tengku Adnan yang menyatakan ‘sila setuju’ dan ‘sila uruskan’ pada surat berkenaan.

“Pada peringkat akhir, menteri akan memberi kata putus bersetuju untuk penjualan tanah berkenaan kerana ia mematuhi syarat perundanga­n dengan niat untuk memperbany­akkan pembanguna­n rumah mampu milik,” katanya.

 ??  ?? TENGKU Adnan hadir di Mahkamah Tinggi, semalam.
TENGKU Adnan hadir di Mahkamah Tinggi, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia