Harian Metro

Kaki judi bola golek ditahan

-

Klang: Empat kaki judi leka bermain judi bola golek di belakang kedai runcit di Meru tak sempat meloloskan diri diserbu polis, kelmarin. Serbuan dijalankan jam 9.30 malam oleh sepasukan anggota Bahagian Perjudian, Maksiat dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor. Pegawai Turus D7 IPK Selangor Deputi Superinten­dan Azmi Shukor berkata, empat ditahan terdiri daripada dua lelaki tempatan serta masing-masing seorang lelaki warga India dan Nepal.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia