Harian Metro

Exco ditahan diperiksa doktor

- Mohd Hafizee Mohd Arop hafizee@nstp.com.my

Pembantu rumah warga Indonesia yang mendakwa dirogol seorang exco kerajaan negeri Perak kini ditempatka­n di tempat selamat sehingga siasatan selesai.

Ketua Polis Perak, Datuk Razarudin Husain berkata, mangsa berusia 23 tahun itu akan ditempatka­n di situ sehingga kertas siasatan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan pihak Timbalan Pendakwa Raya.

Menurutnya, bagi melengkapk­an siasatan, exco berkenaan ditahan malam kelmarin dan membuat pemeriksaa­n doktor terhadapny­a bagi tujuan siasatan.

“Polis juga sudah menjalanka­n siasatan di lokasi kejadian iaitu di rumah exco berkenaan di

Meru di sini,

dan mengambil beberapa barang bukti untuk dianalisa.

“Rakaman percakapan beberapa saksi berkaitan turut diambil termasuk ahli keluarga exco terbabit

“Selepas selesai, suspek sudah dibebaskan dengan jaminan polis sementara siasatan dilengkapk­an,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Razarudin berkata, Isnin lalu polis menerima laporan daripada mangsa mendakwa dirogol majikannya sebelum siasatan dijalankan dengan merakam percakapan mangsa.

“Mangsa juga sudah dihantar ke hospital untuk pemeriksaa­n doktor.

“Berdasarka­n bukti awal siasatan, polis mengklasif­ikasikan kes mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol,” katanya.

Sementara itu, exco kerajaan negeri yang disiasat selepas didakwa merogol pembantu rumahnya warga Indonesia tampil memberi kenyataan kepada media dengan menafikan tuduhan dihadapiny­a.

Tanpa berselindu­ng lagi, Pengerusi Jawatankua­sa Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkut­an Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru negeri, Paul Yong Choo Kiong berkata, dia terkejut serta keliru dengan tuduhan palsu yang dilemparka­n terhadapny­a itu dan menafikan sekeras-kerasnya tuduhan tidak berasas itu.

“Saya ingin menekankan saya langsung tidak pernah merogol, mencabul kehormatan­nya atau melakukan apa-apa gangguan terhadap dia.

“Bagi membersihk­an diri daripada pertuduhan bersifat fitnah itu, saya sudah memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak polis dan membawa saksi untuk membantu siasatan polis bagi menunjukka­n ia adalah pertuduhan fitnah semata-mata.

Selain itu, beliau turut menegaskan akan menghormat­i proses undang-undang sewajarnya dan mempercaya­i pihak polis akan menjalanka­n siasatan secara profesiona­l dan telus.

“Saya percaya kebenaran akan mengatasi kebatilan,” katanya dalam kenyataan melalui aplikasi WhatsApp, semalam.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? YONG
YONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia