Harian Metro

2 nelayan hilang ditahan pihak berkuasa Indonesia

-

Dua nelayan yang dilaporkan hilang di Perairan Kuala Kurau, ketika memancing 1 Julai lalu, disahkan ditahan pihak berkuasa Indonesia di Perairan Selat Melaka, wilayah Indonesia.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob, Superinten­dan Omar Bakhtiar Yaacob berkata, kedua-duanya ditahan selepas dipercayai terbabit kes penyeludup­an syabu seberat enam kilogram (kg).

Katanya, pengesahan itu dibuat sendiri ahli keluarga mereka susulan satu video tular berhubung laporan media Indonesia mengenai penangkapa­n dua lelaki berkaitan kes dadah.

Difahamkan, ahli keluarga mengecam lelaki berkenaan adalah kedua-dua nelayan yang dikatakan hilang sebelum ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia