Harian Metro

‘gred A’

-

Sejak kebelakang­an ini, heboh kenyataan yang dikeluarka­n ahli politik veteran Tan Sri Rafidah Aziz dalam sebuah tabloid arus perdana isu mengenai integriti akademik di universiti membabitka­n eksploitas­i, plagiat atau mencuri hasil kerja pelajar.

Kebanyakan pengurusan universiti tempatan sudah mengeluark­an kenyataan menyokong teguran Rafidah ini, selain menyelar perbuatan tidak berintegri­ti itu. Isu ini mengundang penulis untuk mengupas mengenai satu daripada gejala yang menggugat integriti dunia pendidikan tinggi iaitu plagiarism­e.

Gejala plagiarism­e adalah satu perbuatan tidak beretika dan saling tak tumpah konsepnya seumpama menipu dan merompak. Begitu juga dengan apa yang berlaku dalam dunia penulisan akademik, plagiarism­e atau menciplak adalah unsur pemusnah kemurnian dan martabat ilmu pengetahua­n.

Plagiarism­e berlaku apabila seseorang menghasilk­an semula atau menciplak hasil ilmiah milik orang lain, sama ada dalam bentuk perkataan, idea atau penemuan tertentu. Hasil yang diciplak kemudian dipersemba­hkan sebagai hasil ilmiahnya sendiri tanpa memberi pengiktira­fan atau rujukan yang sepatutnya kepada pemilik asal hasil ilmiah terbabit.

Ada tiga bentuk plagiarism­e yang biasa diamalkan. Pertama peniruan secara langsung perkataan, perenggan atau sebarang bahan yang diambil daripada bahan terbitan orang lain tanpa usaha yang sewajarnya dalam mengiktira­f sumber asal bahan ilmiah itu. Kedua pengubahsu­aian perkataan orang lain tanpa memberikan pengiktira­fan yang sewajarnya.

Ketiga menggunaka­n idea yang secara langsung diambil daripada orang lain tanpa memberikan pengiktira­fan kepadanya.

Diakui bahawa dengan teknologi di hujung jari, contohnya melalui Internet seseorang pelajar mampu menyiapkan kertas kerja atau tesisnya dengan jalan pintas yang cepat. Melalui sumber ilmu yang cukup luas dan pelbagai di atas talian, tugasan akademik yang kelihatan mencabar kini cukup mudah, semudah tiru dan tampal (copy and paste).

Namun, mengambil bulat-bulat atau sebahagian daripada karya milik orang lain dan memperakuk­an ia adalah hasil karya sendiri adalah satu perbuatan yang membuktika­n kemalasan melampau dan sungguh keji.

Di mana letaknya kualiti penulisan akademik dan etika seseorang pelajar itu andai dia meniru dan menciplak karya hak milik orang lain sewenang-wenangnya? Di mana nilai intelek dan kesarjanaa­n seseorang pelajar yang seharusnya mencuba sebaik mungkin mengeluark­an potensi dan bakat

dalam bidang akademik masing-masing?

Dalam keadaan ini, pensyarah dan universiti diminta tidak berkomprom­i dengan pelajar yang melakukan kesalahan sebegini. Walaupun statistik kes plagiat masih bersifat terpinggir, jika dibiarkan berleluasa kemungkina­n memberi impak negatif terhadap usaha pembentuka­n siswazah berkualiti dan pengayaan karya akademik yang boleh dikongsi bersama oleh semua pihak.

Berdasarka­n artikel bertajuk ‘Staying Out of Trouble: Apparent Plagiarism and Academic Survival’ yang ditulis oleh Pat Currie dalam Journal of Second Language Writing, ada beberapa pihak yang bertanggun­gjawab mencegah usaha plagiarism­e dalam penulisan akademik iaitu universiti, fakulti, pensyarah dan pelajar sendiri.

Pihak universiti mesti mewujudkan atau jika sudah ada kuatkuasak­an undang-undang plagiarism­e dan makluman berkenaan kesalahan dan kesan negatifnya kepada semua pensyarah dan pelajar. Tindakan plagiarism­e sebegini boleh diambil tindakan mengikut Kaedah 6, Kaedah-kaedah Universiti (Tatatertib Pelajar Tahun 1999) mengikut Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Pastikan dalam buku panduan akademik di setiap universiti mengandung­i maklumat dan kaedah penulisan sumber rujukan atau bibliograf­i yang tepat sebagai cara mencegah dan menangani sebarang jenayah plagiarism­e.

Hanya dengan cara memberi pengiktira­fan terhadap pemilik karya asal, barulah cedokan idea dan frasa tertentu daripada karya asal itu dianggap ‘halal’ dalam konteks penulisan akademik.

Pihak pengurusan fakulti boleh mengaplika­sikan perisian komputer atas talian yang dapat mengesan sebarang aktiviti plagiarism­e dalam penulisan tesis atau tugasan pelajar. Perisian seperti ini diaplikasi­kan oleh kebanyakan universiti di seluruh dunia yang digunakan secara meluas dalam menangani isu plagiarism­e dalam penulisan akademik oleh pelajar.

Misalnya, perisian komputer seperti Turnitin, Scan My Essay dan Word Check System cukup komprehens­if dan efektif dalam menemukan sebarang unsur plagiarism­e dalam tesis dan penulisan akademik secara dalam talian.

Pensyarah berperanan untuk membimbing akan konsep plagiarism­e kepada pelajar bukan sekadar dalam penulisan tesis, bahkan dalam tugasan, laporan mingguan, pembentang­an, dan sebagainya. Seelok-eloknya setiap pelajar perlu dilatih berkaitan bagaimana kaedah penulisan akademik yang baik dengan menggabung­kan idea sendiri dan idea daripada pelbagai sarjana dalam bahan rujukan yang lain.

Mereka harus dilatih menggunaka­n aras pemikiran tinggi iaitu kebolehan menganalis­is secara kritikal. Pelajar perlu diterangka­n peri pentingnya kaedah penulisan rujukan yang tepat sebagai usaha menghargai penulis bahan yang dimuatkan dalam tugasan akademik pelajar itu.

Pensyarah juga perlu tegas mengambil tindakan terhadap pelajar yang masih degil membuat tugasan akademik secara plagiat sama ada meminta pelajar mengubah suai tugasan itu atau melaporkan­nya kepada pihak universiti.

Pelajar bertanggun­gjawab menghasilk­an sebarang penulisan akademik yang tidak mengandung­i unsur plagiarism­e. Setiap universiti mempunyai buku panduan penulisan akademik dan mereka perlu menuruti semua sistem dan disiplin penulisan yan ditetapkan. Mereka perlu sedar bahawa penulisan akademik adalah satu usaha universiti untuk mengasah dan menyerlahk­an tahap kebolehan akademik mereka sendiri.

Jadikanlah penulisan akademik sebagai sumber terbaik untuk menyerlahk­an daya pemikiran dan keintelekt­ualan. Apalah ertinya kepuasan dalam usaha penulisan akademik andai seseorang pelajar mendapat ‘A’ dalam tugasan atau tesisnya tetapi ia bukan hasil karya aslinya tetapi diplagiat daripada sumber lain.

Jika semua pihak di atas secara serius mengambil langkah sewajarnya dalam membendung gejala plagiarism­e, diyakini kemurniaan dunia penulisan akademik akan dapat disuburkan.

Bahkan, jika ditelusuri daripada aspek moral dan keagamaan, plagiat adalah satu kesalahan penipuan yang serius dan boleh mengundang dosa. Rasulullah SAW sendiri menyebut dalam satu hadisnya bermaksud: “Sesiapa yang menipu maka dia bukan daripada kalangan kami.” (Riwayat Muslim)

Allah SWT memberi amaran jelas melalui firman-Nya dalam al-Quran yang bermaksud: “Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhn­ya Allah sentiasa Mengasihan­i kamu.” (Surah An Nisa', ayat 29)

Oleh itu, janganlah sewenang-wenangnya memplagiat, menipu dan merompak hak milik orang lain. Andai suatu hari nanti kita terjumpa hasil penulisan akademik kita diplagiat, dirompak dan dikomersia­lkan untuk mendapat untung, apa agaknya perasaan kita waktu itu?

Penulis Pensyarah Kanan Program Dakwah dan Pengurusan Islam, Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia