Harian Metro

Berjaya urus kewangan dengan cermat

-

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad menganggap kemampuan mengurangk­an tekanan terhadap situasi kewangan Malaysia sebagai kejayaan membanggak­an kerajaan Pakatan Harapan (PH) setakat ini.

Dr Mahathir yang diiktiraf sebagai perdana menteri tertua dunia berkata, tidak banyak negara yang berhadapan dengan situasi sama seperti Malaysia akan dapat mengatasi masalah itu.

“Saya berpendapa­t banyak masalah kita kurangkan, masalah kewangan kita dapat tangani...tapi kita tidak lagi tertekan sangat dengan masalah kewangan kerana kita uruskan dengan lebih cermat,” katanya dalam wawancara khas bersama Bernama Radio sempena ulang tahun beliau.

Atas sebab itu, katanya, Malaysia kini berada dalam keadaan tenang dan aman.

“...dan kita taklah tertekan sangat sehingga ada orang yang memberi pinjam kepada kita yang membuat tuntutan ke atas kita, menekan kita. Itu tidak berlaku,” kata Perdana Menteri.

“Kita boleh tangani keadaan kewangan negara kita, ini sesuatu yang boleh dikatakan satu kejayaan,” tegas Dr Mahathir.

Selepas gabungan PH yang diketuai Dr Mahathir menamatkan pemerintah­an enam dekad Barisan Nasional, didapati negara dibebani dengan hutang berjumlah lebih RM1 trilion yang mendorong kerajaan berusaha keras mengatasi masalah itu.

Dr Mahathir berkata, tahap keseriusan masalah kewangan yang dihadapi negara hanya didedahkan apabila beliau sekali lagi menjadi sebahagian daripada kerajaan selepas Pilihan Raya Umum ke-14 Mei, tahun lalu.

“Apabila kita berkuasa dan kita dapat melihat dari dalam, kita dapati masalah ini lebih besar (daripada yang diketahui umum) dan akan memakan masa sedikit (untuk diatasi),” katanya.

Antara langkah diambil PH untuk mengurangk­an masalah kewangan negara ialah mengkaji semula projek mega dan perjanjian terdahulu di bawah kerajaan sebelum ini, menjejaki dana 1MDB yang dicuri dan mengisytih­arkan perang terhadap gejala rasuah.

Dr Mahathir menjelaska­n, asas pemulihan kewangan negara sudahpun diletakkan.

“Dalam jangka masa tiga tahun saya ingat masalah kita ini akan berkuranga­n tetapi belum sampai ke tahap ia dapat dipulihkan dengan mudah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia