Harian Metro

‘Terima kasih semua’

-

“Terima kasih atas semua ucapan selamat ulang tahun kelahiran yang saya terima hari ini.”

Demikian balas Tun Dr Mahathir Mohamad kepada semua yang memberikan ucapan sempena hari ulang tahun kelahirann­ya ke-94, semalam.

Perdana Menteri berkata, ucapan selamat ulang tahun kelahiran beliau sangat mudah, beliau dapat menyelesai­kan tugas menetapkan Malaysia di jalan pemulihan.

“Ia satu keistimewa­an dan penghormat­an untuk berkhidmat kepada negara ini,” katanya menerusi akaun Twitter dan Facebook beliau, semalam.

Turut dimuat naik tiga foto beliau menampilka­n sisi berbeza dengan raut wajah ceria dan tenang menggambar­kan sosok unggul beliau sebagai seorang negarawan ulung.

Beliau menerima ucapan lebih awal daripada kepemimpin­an Pakatan Harapan (PH) termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Amanah, Mohamad Sabu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia