Harian Metro

Dituduh bunuh warga asing

-

Sungai Petani: Seorang pekerja ladang sawit dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas tuduhan membunuh lelaki warga Indonesia pada 26 Jun lalu.

Tertuduh, Nalan Maryappan, 31, didakwa membunuh Silmus Ati Bere di Kampung Sungai Tukang, Sungai Petani antara jam 6 petang sehingga jam 7.30 malam.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati jika disabitkan kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Pavitra Satha Sivam memohon mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes bagi menunggu laporan kimia dan laporan bedah siasat mangsa.

Mahkamah kemudianny­a menetapkan 18 Ogos depan untuk sebutan semula kes

Tertuduh diwakili peguam N Nagaratnam.

Pada 27 Jun lalu, media melaporkan mayat lelaki dipercayai warga asing yang disyaki dibunuh ditemukan di tepi jalan Batu 37 Jalan Bukit Selambau-Jeniang berhampira­n ladang kelapa sawit, kira-kira jam 7 pagi.

Mangsa berusia 30-an ditemui mati dengan kesan kecederaan di bahagian dahi kanan, mata kiri dan tangan kiri di kawasan berkenaan dipercayai dipukul dengan objek keras.

 ??  ?? ANGGOTA polis membawa Nalan Maryappan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh lelaki warga Indonesia.
ANGGOTA polis membawa Nalan Maryappan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh lelaki warga Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia