Harian Metro

Mata kiri dapat lihat semula

-

Alor Setar: Hilang penglihata­n mata kanan dan mata kirinya kabur akibat ditimpa pokok tumbang dalam kejadian ribut tujuh tahun lalu pernah mematahkan semangat niat seorang warga emas untuk ke Makkah.

Namun, berkat doa tidak pernah putus, Mah Hat, 73, akhirnya diberikan peluang itu, dan lebih manis mata kirinya turut dipasang kanta bagi membantuny­a melihat kembali.

Menurutnya, kanta itu dipasang empat tahun lalu selepas doktor mendapati masih ada peluang pada mata kirinya untuk melihat.

“Dahan pokok yang menimpa kepala menyebabka­n saraf mata rosak, mata kanan saya langsung tidak nampak selepas kejadian itu.

“Sementara, mata kiri kabur secara perlahan-lahan dan saya hanya menggunaka­n tongkat untuk membantu saya berjalan.

“Pada masa itulah saya tidak menaruh harapan tinggi untuk ke Tanah Suci memandangk­an keadaan diri tidak mengizinka­n, namun tiada siapa sangka dengan takdir Allah, mata kiri saya dapat kembali melihat dengan jelas selepas dipasang kanta empat tahun lalu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Mengucapka­n Selamat Jalan kepada jemaah haji di TH Hotel di sini, kelmarin.

Warga emas kepada sembilan orang cucu ini berkata, perasaanny­a terlalu gembira apabila dimaklumka­n namanya terpilih menunaikan rukun Islam kelima itu pertengaha­n Ramadan lalu, dan ia tidak dapat digambarka­n dengan kata-kata.

Katanya, biarpun lutut kanannya sakit awal Ramadan lalu, keadaan itu tidak lagi mematahkan semangatny­a untuk ke sana.

“Apabila dapat tahu dapat ke Makkah...Saya terus bersemanga­t dan berjumpa doktor untuk merawat sakit lutut saya termasuk pergi mengurut.

“Lebih RM1,000 saya belanja untuk ubat-ubatan dan sebagainya. Alhamdulil­lah, ia membantu walaupun hanya boleh berjalan sekejap.

“Bagaimanap­un, saya tetap akan menggunaka­n kerusi roda bagi memudahkan pergerakan ketika menunaikan haji kelak,” katanya.

Mah yang berasal dari Kuala Nerang yang akan berangkat ke tanah suci bersama suaminya Hanapi Dun, 70 adalah antara 150 jemaah haji daripada kumpulan tujuh yang diterbangk­an dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim(LTSAH) Alor Setar ke ke Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) jam 12 tengah malam semalam sebelum berlepas ke Madinah.

Sementara itu, Sultan Kedah, Sultan Sallehuddi­n Sultan Badlishah dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Tengku Ariff turut berkenan berangkat pada majlis itu serta bersalaman dengan jemaah dari Kedah dan Perlis.

 ??  ?? MAH menunaikan haji dengan berkerusi roda akibat sakit lutut kanan sejak awal Ramadan lalu.
MAH menunaikan haji dengan berkerusi roda akibat sakit lutut kanan sejak awal Ramadan lalu.
 ??  ??
 ?? Siti Rohani ?? Walaupun datang seorang diri namun dua lagi rakan sekampung yang pergi bersama menjadi peneman ketika melakukan ibadah”
Siti Rohani Walaupun datang seorang diri namun dua lagi rakan sekampung yang pergi bersama menjadi peneman ketika melakukan ibadah”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia