Harian Metro

Hanya 44 kilang setuju

- Ibrahim Isa dan Mohd Sabran Md Sani am@hmetro.com.my

 Ambil langkah jadikan sekolah di kawasan pencemaran sebagai sekolah angkat

Adakah janji akan ditepati? Ini berikutan hanya 44 daripada 250 kilang kimia di sekitar Pasir Gudang menyatakan persetujua­n menjadikan sekolah di kawasan pencemaran sebagai sekolah angkat mereka manakala baki kilang lain masih berbincang dengan pihak berkuasa.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor Azman Adnan berkata, ia adalah statistik berakhir kelmarin namun pihaknya yakin kemungkina­n lebih banyak kilang akan tampil berikutan rundingan dengan pihak berkuasa masih berjalan.

Katanya, buat masa ini semua 111 alat pengukur bacaan udara atau

(VOC) disewa Kementeria­n Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC)

dan diagihkan kepada semua 111 sekolah di Pasir Gudang.

“Saya difahamkan, semua alat VOC itu disewa hingga 13 Julai ini memandangk­an masih ada beberapa kes berulang dan cara penggunaan peranti ditunjukka­n pegawai Jabatan Alam Sekitar (Jas) kepada guru yang dipertangg­ungjawabka­n.

“Penyelengg­araan adalah di bawah tanggungja­wab agensi yang menyewa alat berkenaan dan pada masa sama, pelbagai agensi berkaitan berusaha memastikan kilang kimia di sekitar Pasir Gudang menyertai program sekolah angkat.

“Kami sendiri di pihak jabatan (JPN) berharap alat VOC itu dibekalkan secara kekal di sekolah bagi membolehka­n guru memantau tahap kualiti udara, sekali gus membantu pengurusan sekolah dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) membuat keputusan dengan cepat sama ada meneruskan pembelajar­an atau tidak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, walaupun masih di peringkat perbincang­an dia difahamkan hampir semua pengurusan kilang memberikan jawapan positif dengan kebanyakan kilang sudah bersetuju secara lisan untuk menanggung kos pembelian alat itu.

Katanya, bagaimanap­un ada beberapa perkara yang perlu diteliti terutama dari segi penyelengg­araan alat, piawaianny­a serta rutin latihan penggunaan alat.

“Perbincang­an lebih lanjut perlu dijalankan dari masa ke semasa membabitka­n pengurusan sekolah, PPD, JPN, Jas dan pihak penyumbang,” katanya.

 ??  ?? AZMAN ketika sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4.
AZMAN ketika sidang media selepas melawat Sekolah Kebangsaan Pasir Gudang 4.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia