Harian Metro

11 kilang proses bahan kimia diberi notis perintah tahan operasi

-

Ternyata masih ada yang degil apabila sebanyak 11 kilang memproses bahan kimia di sini, diberikan notis perintah tahan operasi susulan pemeriksaa­n mengejut malam kelmarin.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, tindakan itu hasil operasi bersepadu dilaksanak­an pelbagai agensi sejak 20 Jun lalu hingga malam kelmarin.

“Secara keseluruha­n sebanyak 237 kilang diperiksa dan sebanyak

132 kompaun dikeluarka­n sepanjang tempoh itu.

“Sebanyak 55 notis arahan dan 11 perintah tahan operasi, selain tiga premis disyor untuk tindakan mahkamah,” katanya di sini, semalam.

Mengulas lanjut katanya, tindakan diambil mengikut Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 terhadap premis industri yang melanggar akta berkenaan.

Katanya, operasi bersepadu malam kelmarin membabitka­n 97 anggota pelbagai agensi dan mereka memeriksa lapan kilang di kawasan perindustr­ian berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia