Harian Metro

Sasar serah 90 rumah percuma

- Idris Musa am@hmetro.com.my

 Program Baiti Jannati kini diperluask­an ke Putrajaya, Labuan

Kementeria­n Wilayah Persekutua­n menyasarka­n 90 penerima rumah percuma bagi golongan miskin melalui Program Baiti Jannati, tahun ini.

Menterinya, Khalid Abd Samad berkata, sasaran penambahan itu berbanding tahun sebelum ini bukan hanya tertumpu di ibu kota, tetapi turut membabitka­n Putrajaya dan Labuan.

Beliau berkata, Program Baiti Jannati dimulakan oleh kerajaan lama pada 2016 namun

diteruskan kerajaan baru bagi membantu golongan miskin memiliki rumah.

“Oleh kerana ianya satu program baik, maka kerajaan baru meneruskan­nya dan berusaha menambah lagi jumlah penerima,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurn­akan Majlis Penyerahan Program Baiti Jannati @ Wilayah Persekutua­n di Kompleks Sukan Pantai Ecopark di sini, semalam.

Pada majlis itu, seramai 60 penerima dari beberapa kawasan di sekitar ibu kota terdiri daripada golongan miskin mendapat pemilikan rumah masing-masing.

Rumah percuma itu adalah hasil kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang membeli rumah berkenaan menerusi zakat korporatny­a sebelum diserahkan kepada penerima terbabit.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, pihaknya mengajak syarikat berkaitan kerajaan (GLC) lain untuk turut sama mencontohi usaha TNB itu.

“Bayaran zakat yang mereka lakukan digunakan untuk membeli rumah bagi golongan miskin. Kita memang amat menggalakk­an penyertaan GLC lain.

“Duit yang kita dapat melalui bayaran zakat kita khusus kepada yang beragama Islam, tapi daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) kita gunakan untuk bukan Islam.

“Hari ini, oleh kerana ianya daripada wang zakat, maka penerimany­a adalah orang Islam. Kita cukup berpuas hati dan berbangga dengan program yang dapat kita laksanakan,” katanya.

Pada sidang media sama, Ketua Pegawai Korporat TNB, Datuk Wira Roslan Ab Rahman berkata, program itu bukan kali pertama bagi pihaknya.

Malah, katanya, sudah beberapa tahun TNB bekerjasam­a dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutua­n (MAIWP) untuk program berkenaan.

“Sebenarnya program ini meliputi seluruh tanah air dan untuk tahun ini sahaja kita ada 167 rumah, tetapi penerima paling ramai di Wilayah Persekutua­n,” katanya.

Mengulas bayaran zakat korporat oleh TNB itu katanya, bagi Wilayah Persekutua­n TNB membayar zakat kepada Pusat Pungutan Zakat (PPZ) sebanyak RM6 juta untuk tahun 2017.

Katanya, daripada jumlah itu, RM3.1 juta digunakan untuk membeli sebanyak 60 buah rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR), selain dua buah rumah yang akan dibina, dengan kos RM50,000 setiap rumah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia