Harian Metro

Wanita rugi RM93,800 ditipu beli hartanah tidak wujud

-

Kuala Lumpur: Niat ingin melabur dalam hartanah demi masa depan bertukar episod malang buat seorang wanita apabila kerugian RM93,800 selepas diperdaya sehingga terpaksa menanggung beban hutang.

Kakitangan kerajaan berusia 38 tahun itu sebelum itu berkenalan dengan seorang wanita melalui Facebook pada Januari 2018 untuk pembelian kondominiu­m bernilai RM200,000.

Menurut sumber, suspek menyakinka­n mangsa bahawa pelaburan itu akan memberi keuntungan dalam tempoh tiga tahun kerana sewa rumah terbabit mampu mencecah RM4,000 setiap bulan.

Katanya, mangsa juga diminta membayar RM3,000 sebagai wang deposit pengurusan dan persetujua­n untuk melabur.

“Wanita itu tanpa mengesyaki apa-apa memasukkan wang diminta ke dalam akaun bank suspek di mesin juruwang automatik (ATM) sebuah stesen minyak di Presint 8, Putrajaya, Februari lalu. “Malah, dia bersetuju supaya suspek menguruska­n pinjaman pelaburan itu dengan bank sebelum dimaklumka­n pinjaman diluluskan pada Mac lalu,” katanya.

Katanya, suspek kemudian meminta mangsa membuat transaksi ke akaun sebuah syarikat yang diberinya di mana semakan mendapati akaun itu milik anak dan suaminya.

“Malah, pada 19 Jun lalu mangsa membuat semakan di pejabat sebuah koperasi berkaitan pemotongan gaji selepas suspek memperdaya mangsa dengan membuat pinjaman lain tanpa disedariny­a.

“Ini kerana dokumen diberikan itu hanya untuk urusan pinjaman bank menyebabka­n dia terpaksa menanggung dua potongan gaji membabitka­n dua pinjaman bernilai RM93,800,” katanya.

Menurutnya, mangsa terpaksa menanggung potongan gaji lebih RM1,800 setiap bulan selepas diperdaya suspek.

Dia yang berasa ditipu kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, Isnin lalu untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan mengesahka­n menerima laporan dan siasatan lanjut dijalankan.

Menurutnya, mangsa ditipu dengan pelaburan hartanah yang tidak wujud dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia