Harian Metro

Bidaan KET bermula hari ini

- Aizat Sharif mohd.aizat@hmetro.com.my

 Kedah negeri pertama luar Lembah Klang laksana JPJeBid

Kedah menjadi negeri pertama di luar Lembah Klang yang melaksanak­an sistem bidaan nombor pendaftara­n kenderaan secara dalam talian atau JPJeBid menerusi bidaan siri KET yang akan bermula hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddi­n Khalid berkata, Kedah adalah lokasi ketiga pelaksanaa­n sistem berkenaan selepas Putrajaya dan Kuala Lumpur.

“Ini kali pertama sistem dilaksanak­an di luar Lembah Klang menerusi pengenalan bidaan siri KET yang akan dibuka selama lima hari bermula 12 tengah malam esok (hari ini) sehingga 11.59 malam 15 Julai.

“JPJeBid juga akan menjadi perintis bagi bidaan nombor plat kenderaan dalam talian yang mana segala permohonan tidak lagi dilakukan di kaunter atau pejabat JPJ negeri.

“Malah, segala proses bidaan,

bayaran dan ketetapan aplikasi serta akaun akan dilakukan secara telus dilunaskan menggunaka­n sama ada kad debit atau kredit,” katanya kepada pemberita di Pejabat JPJ Kedah, Jalan Suka Menanti, di sini, semalam.

Turut hadir Pengarah JPJ Kedah, Ismasuhaim­i Shariff dan Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Datuk Ismail Mohd Zawawi.

Katanya, pelaksanaa­n JPJeBid juga akan dilakukan secara berperingk­at di negeri lain selepas ini.

“Selepas Kedah, kita menjangkak­an akan meneruskan pelaksanaa­n sistem ini di Sabah, Pulau Pinang dan Johor.

“Bermula pada tahun hadapan, semua proses bidaan nombor pendaftara­n kenderaan bagi setiap siri mengikut negeri masing-masing akan dilaksanak­an sepenuhnya menggunaka­n sistem JPJeBid,” katanya.

Beliau berkata, selaras dengan kajian harga yang sudah dijalankan sejak awal tahun ini, harga minimum tempahan bagi empat kategori yang disediakan kepada orang ramai juga diselarask­an.

“Bagi kategori Nombor Bernilai Utama ia berharga RM20,000, manakala bagi kategori Nombor Menarik bernilai RM3,000.

“Selain itu, RM800 dikenakan bagi mereka yang ingin menempah nombor pendaftara­n siri itu yang membabitka­n kategori Nombor Popular

dan RM300 bagi Nombor Biasa

katanya.

Shaharuddi­n berkata, orang ramai boleh membida seberapa banyak nombor yang diminati dengan bayaran wajib Fi Perkhidmat­an RM10 bagi setiap nombor yang dibida pada satu masa.

“Tiada sekatan untuk melakukan bidaan, namun setiap individu hanya layak memenangi maksimum tiga nombor kenderaan, manakala syarikat atau firma perniagaan hanya boleh memenangi tidak lebih daripada lima nombor kenderaan.

“JPJeBid menawarkan ketelusan bermula daripada transaksi pendaftara­n sehingga pembayaran dibuat.

“Pembida boleh mengetahui kedudukan secara terkini (realtime) serta tiada unsur campur tangan manusia walaupun urusan berkenaan dipantau oleh kami,” katanya.

Beliau berkata, sistem JPJeBid dimulakan dengan pengenalan siri FC di Putrajaya diikuti siri VDN di Kuala Lumpur.

Orang ramai yang berminat membida siri KET boleh mengakses JPJeBid secara dalam talian menggunaka­n aplikasi JPJeBid atau portal https://jpjebid.jpj.gov.my/ebid/.

 ??  ?? SHAHARUDDI­N (tiga dari kanan) bersama Ismasuhaim­i (empat dari kanan) menunjukka­n nombor siri KET yang dibuka untuk dibida melalui JPJeBid.
SHAHARUDDI­N (tiga dari kanan) bersama Ismasuhaim­i (empat dari kanan) menunjukka­n nombor siri KET yang dibuka untuk dibida melalui JPJeBid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia