Harian Metro

Lantik 2 ahli baharu anggotai PPK

-

Kementeria­n Dalam

Negeri (KDN) melantik dua ahli baharu bagi menganggot­ai Pasukan Petugas Khas (PPK) bagi menyiasat kes kehilangan pastor, Raymond Koh Keng

Joo dan aktivis sosial, Amri Che Mat.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, dua ahli yang dilantik itu bagi mengisi kekosongan ahli yang menarik diri sebelum ini dan seorang lagi ahli tambahan.

Beliau berkata, dua ahli baharu yang dilantik adalah Penolong Pesuruhjay­a, Bahagian Pemeriksaa­n dan Perundinga­n Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Azian Umar dan pengamal bebas undang-undang, Datuk Roger Tan Kor Mee.

“Pelantikan dua orang ahli baharu dalam PPK itu menjadikan keseluruha­n anggotanya berjumlah tujuh orang termasuk pengerusi. Sebelum ini, keahlian

PPK adalah enam orang.

“Daripada keseluruha­n anggota PPK itu, hanya seorang dari Polis Diraja Malaysia iaitu Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia