Harian Metro

Dia transgende­r ke?

- Hairulazim Mahmud azim@hmetro.com.my

 PM terkejut akui tidak tahu mengenai pelantikan Rania Zara

“Betul ke dia transgende­r? Awak dah periksa dia ke?” kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada sidang media di lobi Parlimen, Perdana Menteri terkejut apabila dimaklumka­n Kementeria­n Kesihatan melantik seorang lelaki dengan penampilan wanita menggunaka­n nama Rania

Zara Medina sebagai Ahli Jawatankua­sa Pertubuhan Mekanisme Penyelaras­an Negara (CCM).

Beliau mengakui tidak tahu-menahu berkaitan pelantikan itu selain status jantina individu terbabit.

“Apa transgende­r? Awak dah periksa dia ke? Betul ke dia transgende­r?

“Saya tidak tahu macam mana dia transgende­r, saya tak jumpa dia,” katanya di sini, semalam.

Sejak kelmarin tular surat pelantikan dan status Facebook berkaitan perkara berkenaan.

Individu terbabit menggunaka­n nama Rania Zara turut memuat naik surat pelantikan­nya yang ditandatan­gani Timbalan Menteri Kesihatan, Dr Lee Boon Chye pada 25 Jun lalu.

Kementeria­n Kesihatan dalam kenyataan kelmarin berkata, pelantikan Ratu Trans Women 2017 itu sebagai Ahli Jawatankua­sa (AJK) dalam CCM Malaysia di bawah Kementeria­n Kesihatan adalah sah mengikut prosedur sedia ada.

Dr Lee berkata, pelantikan itu berdasarka­n wakil masyarakat penduduk sasar dipilih dalam kalangan penduduk berkenaan dan disahkan melalui surat lantikan oleh beliau sendiri. Kerajaan akan membentang­kan usul pindaan Perlembaga­an yang baru hari ini membabitka­n umur mengundi 18 tahun, pendaftara­n pengundian secara automatik dan kelayakan calon pilihan raya pada umur 18 tahun.

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tambahan pindaan iaitu Perkara 119(4) dan Perkara 47 berbanding hanya Perkara 119(1) Perlembaga­an Persekutua­n sebelum ini.

Sehubungan itu, beliau yakin akan memperoleh undi dua pertiga bagi meminda Perlembaga­an Persekutua­n pada sidang Dewan Rakyat kali ini.

“Pembangkan­g pun sudah menyatakan komitmen akan menyokong pindaan itu. Mereka beri pengakuan akan menyokong kita dalam perjumpaan pagi tadi (semalam).

“Takkan mereka nak tipu saya, ini Ketua Pembangkan­g (Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob) ada sebelah saya,” katanya di lobi Parlimen di sini, semalam.

Sebelum itu, kerajaan menarik balik dua Rang Undang-Undang (RUU) yang sudah dibacakan untuk kali pertama iaitu RUU Perlembaga­an dan RUU Majlis Keselamata­n Negara (MKN).

 ?? FOTO: MUHD ZAABA ZAKERIA ?? DR Mahathir pada sidang media selepas menjawab pertanyaan lisan pada sidang Dewan Rakyat, semalam.
FOTO: MUHD ZAABA ZAKERIA DR Mahathir pada sidang media selepas menjawab pertanyaan lisan pada sidang Dewan Rakyat, semalam.
 ??  ?? RANIA Zara Medina
RANIA Zara Medina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia