Harian Metro

Tak selesa dengan panggilan Tan Sri

-

Kuala Lumpur: Panggilan gelaran Tan Sri oleh beberapa Ahli Parlimen terhadap Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof menyebabka­n beliau berasa agak janggal dan segan.

Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Dr Shahidan

Kassim ketika membahaska­n Rang Undang-Undang (RUU) Syarikat (Pindaan) 2019 memulakan panggilan itu kepada Mohamad Ariff.

Shahidan yang sememangny­a sentiasa berlemah-lembut dan berhemah, kadangkala sinis apabila berbahas atau mencelah memanggil Mohamad Ariff dengan gelaran Tan Sri Speaker, bukan Datuk Speaker.

Pada awalnya, Ahli Parlimen lain menganggap wakil rakyat veteran dari Perlis itu tersasul atau ‘terkenangk­an’ bekas Yang di-Pertua, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Namun, Shahidan terus menggunaka­n panggilan Tan Sri beberapa kali hingga Mohamad Ariff menegurnya dengan bersungguh-sungguh.

“Saya Datuk saja, bukan Tan Sri. Jangan panggil Tan Sri,” katanya.

Turut memanggil beliau Tan Sri ialah Datuk Abdul Rahman Mohamad (BN-Lipis) sebaik diberi peluang membahaska­n RUU berkenaan sebelum ditegur Mohamad Ariff.

Sikap rendah diri itu jelas menunjukka­n beliau kurang selesa dipanggil dengan gelaran berkenaan.

ABDUL RAHMAN: Terima kasih Tan Sri kerana memberi saya peluang membahaska­n rang undang-undang ini.

Tan Sri walaupun saya ini wakil rakyat, saya tidak pernah menjalanka­n sebarang perniagaan tapi apabila Tan Sri Speaker panggil saya berbahas, maka saya gunakan juga peluang ini.

MOHAMAD ARIFF: Jangan panggil Tan Sri.

ABDUL RAHMAN: Tak lama dah tu. Doa ini mungkin akan dapat.

MOHAMAD ARIFF: Jangan, jangan panggil begitu. Saya ada Datuk saja.

 ??  ?? MOHAMAD Ariff
MOHAMAD Ariff
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia