Harian Metro

Petronas teroka tenaga boleh diperbahar­ui

-

Kuala Lumpur: Petronas sedang mempertimb­angkan pelaburan berdaya maju dalam tenaga boleh diperbahar­ui seperti solar, angin dan biomas pada skala komersial, demikian kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulanny­a, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Beliau berkata, penerokaan dalam tenaga boleh diperbahar­ui itu adalah usaha syarikat minyak dan gas nasional berkenaan dalam memenuhi permintaan sumber tenaga mapan pada masa depan.

Katanya, penerokaan baharu itu juga akan menyokong inisiatif kerajaan untuk mengurangk­an pelepasan karbon dan mencapai status ekonomi rendah karbon menjelang 2050.

“Bagi tempoh jangka masa pendek dan sederhana, kami bulis terhadap minyak dan gas terutamany­a gas. Minyak dan gas akan terus kekal sebagai perniagaan teras kami sejajar dengan dominasi berterusan minyak dan gas dalam campuran tenaga utama.

“Petronas juga mengambil langkah menerokai bidang pertumbuha­n baharu yang melangkaui minyak dan gas konvension­al. Dengan permintaan terhadap lebih banyak sumber tenaga mapan, kami sedang mempertimb­angkan pelaburan berdaya maju dalam tenaga boleh diperbahar­ui iaitu solar, angin dan biomas pada skala komersial,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Sidang Meja Bulat Tenaga Malaysia bertajuk ‘Membentuk Landskap Masa Depan Tenaga Malaysia’ anjuran bersama World Economic Forum, di sini, semalam.

Mengulas mengenai kadar pelaburan dalam segmen tenaga boleh diperbahar­ui itu, Wan Zulkiflee menjelaska­n, Petronas akan menyesuaik­an pelaburan dalam sumber tenaga alternatif itu mengikut keadaan bagi memastikan ia tidak menjejaska­n kedudukan pulangan kewanganny­a.

Beliau berkata, pelaburan dalam segmen tenaga boleh diperbahar­ui adalah untuk masa depan dan adalah penting untuk memulakan pembanguna­n kemampuan dan set kemahiran dalam segmen itu sekarang.

“Bagi Petronas, kami tidak mahu terkehadap­an kerana jika terlalu terkehadap­an, kami perlu melabur lebih banyak dalam tenaga boleh diperbahar­ui yang mana ia boleh menjejaska­n pulangan kewangan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia