Harian Metro

Bebas campur tangan politik kunci pulih Malaysia Airlines

-

Pemilikan bebas dan sepenuhnya oleh pihak swasta, bebas daripada sebarang campur tangan politik adalah kunci kepada pemulihan Malaysia Airlines Bhd (MAB), kata seorang ahli akademik.

Profesor Dr Sufian Jusoh, Pengarah Institut Kajian Malaysia dan Antarabang­sa (IKMAS) di Universiti Kebangsaan Malaysia percaya sebahagian daripada cabaran yang dihadapi oleh pengurusan tertinggi MAB ketika ini adalah membuat keputusan yang sepatutnya kerana syarikat penerbanga­n itu masih tertakluk kepada kelulusan daripada syarikat induk Khazanah Nasional Bhd.

“MAB tidak mempunyai 100 peratus kuasa dalam membuat keputusan kerana mereka pada umumnya perlu menunggu persetujua­n daripada Khazanah.

“Secara umumnya pengurusan perlu diperbaiki, dengan lembaga pengarah 100 peratus dianggotai pihak swasta, bebas daripada pertimbang­an lain dan menumpukan perkhidmat­an terbaik,” katanya.

Pada 2014, Khazanah, cabang pelaburan kerajaan mengambil alih Malaysia Airlines menjadikan­nya sebagai pemegang saham tunggal walaupun dana negara itu memegang 70 peratus kepentinga­n ekuiti dalam syarikat penerbanga­n itu. - BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia