Harian Metro

AmBank, Maxis jalin kerjasama

-

AmBank Group dan Maxis menjalin kerjasama untuk mewujudkan pelan tindakan penyelesai­an digital untuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang membolehka­n mereka mendapat akses mudah kepada penyelesai­an keperluan kewangan dan teknologi.

Dalam kenyataan bersama, syarikat itu berkata, penyelesai­an itu akan turut menawarkan pengalaman yang lebih lancar dan cepat dengan jaringan Maxis’ dan melalui

Always On touch point

tunggal.

Secara keseluruha­n,

PKS boleh menjangka pengalaman pelanggan digital yang lebih baik dan nilai daripada tawaran bersama ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group, Datuk Sulaiman Mohd Tahir berkata, kerjasama strategik itu sejajar dengan saranan kerajaan kepada sektor swasta untuk membantu menyokong PKS berikutan syarikat ini membentuk lebih 98 peratus daripada perniagaan di negara ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia