Harian Metro

Sudah jual 4,000 unit

- Nabil Basaruddin nabil.basaruddin@ hmetro.com.my

 PR1MA rekod jualan RM3 bilion sepanjang enam bulan HOC

dengan syarikat lain yang menyertai kempen ini.

“Malah, sepanjang kempen ini dijalankan, rumah yang dijual pada harga RM300,000 dan ke bawah mendapat sambutan menggalakk­an.

“Bagi mereka yang gagal mendapatka­n pinjaman bank untuk membeli rumah pada HOC, kami akan mempertimb­angkan untuk menawarkan skim pemilikan rumah secara sewa beli (RTO),” katanya pada sidang media sempena pelancaran Hi HOME di sini, semalam.

Hadir sama pada majlis itu, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Ketua Eksekutif Hartabumi dotCom Sdn Bhd, Radzi Tajuddin.

HOC 2019 yang sepatutnya berakhir bulan ini turut dilanjutka­n sehingga Disember depan bagi membantu rakyat negara ini memiliki kediaman sendiri selain merancakka­n kembali industri perumahan negara.

Kempen berkenaan juga mendapat sambutan yang menggalakk­an daripada pembeli rumah dan syarikat pemaju perumahan. Mengulas mengenai persidanga­n Hi HOME itu, Radzi berkata, pihaknya menyasarka­n jualan hartanah sebanyak RM500 juta menerusi Ekspo Hartanah Online yang dianjurkan bermula 25 Julai ini.

Katanya, ekspo yang berlangsun­g selama tiga bulan sehingga 31 Oktober itu menawarkan 100 projek perumahan di seluruh negara dengan 50 peratus daripadany­a adalah projek rumah mampu milik.

“Ekspo dalam talian ini turut mendapat kerjasama daripada pemaju hartanah bagi projek di Lembah Klang, Terengganu, Kelantan serta wilayah tengah seperti Melaka dan Negeri Sembilan.

“Dianggarka­n nilai keseluruha­n stok hartanah kediaman yang ditawarkan pada ekspo berkenaan adalah RM3.4 bilion,” katanya.

Antara pemaju yang menyertai ekspo itu termasukla­h UEM Sunrise, MRCB, Uda Holdings, Syarikat Perumahan Negara Bhd (SPNB) dan PR1MA.

 ??  ?? ZURAIDA (kiri) pada sidang media sempena pelancaran Hi HOME, semalam.
ZURAIDA (kiri) pada sidang media sempena pelancaran Hi HOME, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia