Harian Metro

TM perkenal aplikasi myunifi

-

Telekom Malaysia Bhd

(TM) kini memperkena­lkan aplikasi baharu, myunifi yang disifatkan sebagai aplikasi digital baharu semua-dalam-satu pertama negara yang memberi kemudahan kepada segmen pengguna dan perniagaan.

Pemangku Naib Presiden Eksekutif unifi, Moharmusta­qeem Mohammed berkata, aplikasi myunifi menyediaka­n akses kepada semua produk unifi dan perkhidmat­an sokongan, menggabung­kan perkhidmat­an ‘Home’, pascabayar mudah alih, jalur lebar tanpa wayar serta jalur lebar (sebelum ini dikenali sebagai

Streamyx) dan suara dalam satu aplikasi.

“Ia membolehka­n orang ramai melanggan perkhidmat­an unifi, menguruska­n pelbagai akaun unifi mereka, mendapatka­n bantuan melalui panduan penyelesai­an kendiri serta bualan langsung bersama pegawai perkhidmat­an pelanggan TM,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia