Harian Metro

DOKTOR PEMBURU HAIWAN

- Agensi

 Polis Brazil tahan pengamal perubatan dipercayai bunuh lebih 1,000 harimau kumbang

Seorang doktor gigi antara anggota kumpulan pemburu haram yang ditangkap pihak berkuasa Brazil kerana membunuh lebih 1,000 harimau bintang dan pelbagai haiwan terancam yang lain.

Polis menahan tujuh lelaki di Acre baru-baru ini yang disyaki memburu dan membunuh ribuan haiwan terancam termasuk harimau bintang, tikus Capybara, babi hutan Collared Peccary serta pelanduk Red Brocket.

Berdasarka­n siasatan, anggota paling lama dan aktif kumpulan pemburu haram itu adalah seorang doktor gigi, Temistocle­s Barbosa Freire yang dipercayai membunuh lebih seribu harimau bintang sejak 1987.

Beberapa gambar yang disiarkan polis menunjukka­n Freire membawa seekor harimau bintang yang dibunuh di belakangny­a dengan dikeliling­i beberapa anjing pemburu.

Mail Online melaporkan, pihak berkuasa Brazil mengawasi pergerakan kumpulan itu termasuk menggodam perbualan mereka selama tiga bulan sebelum membuat serbuan.

Pertubuhan bukan kebajikan Brazil, Oeco berkata, sepanjang tempoh intipan itu, kumpulan terbabit memburu dalam 11 insiden berasingan dan menangkap 33 haiwan terancam.

Susulan penahanan itu, Mahkamah Persekutua­n membuka kes jenayah pemburuan haram dan penggunaan senjata api tanpa permit terhadap tujuh lelaki berkenaan.

Enam anggota lain kumpulan itu adalah doktor, pekerja pejabat juri, petani, pegawai penjara dan juruelektr­ik.

Tiga lelaki lain turut dituduh terbabit dalam aktiviti pemburuan haram.

Jika didapati bersalah, lelaki berkenaan akan berdepan hukuman penjara dan denda.

 ??  ?? SEEKOR lembu jantan melompat di atas sekumpulan peserta dalam pertanding­an larian lembu jantan sempena festival tradisi San Fermin di Pamplona,
Sepanyol kelmarin. - Reuters
SEEKOR lembu jantan melompat di atas sekumpulan peserta dalam pertanding­an larian lembu jantan sempena festival tradisi San Fermin di Pamplona, Sepanyol kelmarin. - Reuters
 ??  ?? FREIRE mengangkat seekor harimau kumbang yang dibunuhnya. - Agensi
FREIRE mengangkat seekor harimau kumbang yang dibunuhnya. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia