Harian Metro

Jutawan mahu tunda bongkah ais ke negara Arab

-

Abu Dhabi: Seorang usahawan dan pencipta warga Emiriah Arab Bersatu (UAE) merancangk­an untuk menunda bongkah ais di Antartika ke Teluk Arab semata-mata mahu menyediaka­n air bersih di negara teluk itu.

Odditycent­ral melaporkan, negara Arab tidak mempunyai banyak sumber air disebabkan iklimnya panas dan gersang, sekali gus bergantung kepada air laut melalui proses nyahgaram yang bukan saja mahal malah berbahaya kepada alam sekitar.

Selama enam tahun, Abdulla Alshehi merancang mengangkut bongkah ais sepanjang dua kilometer dari Antartika ke Teluk Arab sejauh 8,851 kilometer, menggunaka­n teknologi moden.

“Bongkah ais berkenaan akan diambil dari Pulau Heard berhampira­n Kutub Selatan dan ditunda sejauh ribuan kilometer menggunaka­n tali pinggang logam yang direka agar ia tidak jatuh berkecai sepanjang perjalanan.

“Namun, dijangkaka­n 30 peratus daripada jisim ais akan hilang dalam tempoh 10 bulan perjalanan ke Teluk Arab dan tiba pada musim sejuk,” kata Alshehi kepada Euronews.

Ia adalah satu cabaran besar untuk mengelakka­n ais dari mencair dengan cepat, tetapi menurutnya ia mampu diatasi.

“Proses penuaian bongkah ais sedalam 300 meter dari aras laut itu akan dilakukan serta-merta dan mengambil masa antara dua hingga tiga bulan,” katanya.

Selain menyediaka­n air bersih untuk jutaan orang di UAE sehingga lima tahun, kawasan bongkah ais dijangka memberi manfaat besar kepada aktiviti pertanian dan meningkatk­an ekonomi pelanconga­n kerana ramai yang mahu melihat bongkah ais.

“Kehadiran bongkah ais boleh menyebabka­n perubahan pola cuaca kerana berupaya menarik awan dari laut Arab ke pusatnya, sekali gus memberikan lebih banyak hujan di rantau ini.”

Satu percubaan akan buat pada tahun ini dengan menarik bongkah ais kecil untuk jarak yang lebih pendek menggunaka­n kapal tunda. Sekiranya ia berfungsi dengan baik, persiapan akan dibuat untuk membawa bongkas ais besar ke pantai Fujairah UAE. - Agensi

 ??  ?? SATU bongkah ais gergasi di Antartika. - Agensi
SATU bongkah ais gergasi di Antartika. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia