Harian Metro

Tembus sampai otak

- Agensi

 Wanita maut penyedut minuman besi tertusuk mata ketika jatuh

Seorang wanita dilaporkan meninggal dunia apabila penyedut minuman besi yang digunakann­ya menusuk mata kirinya terus ke otak selepas mangsa terjatuh ketika meminum air.

Akhbar Daily Echo kelmarin melaporkan, Elena Struthers-gardner, 60, membawa gelas berbentuk tembikar dengan penyedut besi tahan karat sepanjang 25 sentimeter di tengah penutup sebelum dia terjatuh di rumahnya di Broadstone.

Elena ditemui pasanganny­a, Mandy dalam keadaan

tertiarap di dapur dengan besi penyedut minuman itu tercacak di matanya.

Mandy segera membawa Elena ke hospital, tetapi wanita itu dilaporkan meninggal dunia keesokkan harinya akibat kecederaan otak.

“Saya nampak penyedut minuman tertusuk ke dalam kepala.

“Saya menghubung­i talian kecemasan dan meminta bantuan ambulans.

“Saya mengalihka­n Elena dan melihat penyedut itu menembusi mata kirinya,” kata Mandy ketika inkues kematian wanita itu.

Bercakap selepas inkues berkenaan, Mandy berkata, dia sangat merindui Elena dan berharap kejadian seperti itu tidak menimpa orang lain.

Kematian tragik Elena itu menyebabka­n koroner, Brendan Allen memberi amaran mengenai bahaya penyedut minuman besi dan berhati-hati ketika menggunaka­nnya.

Elena ialah bekas joki lumba kuda yang mengalami kesukaran pergerakan selepas kemalangan menunggang kuda ketika berusia 21 tahun.

 ??  ?? CONTOH penyedut minuman besi. - Agensi
CONTOH penyedut minuman besi. - Agensi
 ??  ?? ELENA
ELENA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia