Harian Metro

Kapal terbesar Britain bocor lagi

-

Portsmouth: Kapal perang paling besar dan berkuasa tentera laut Britain sekali lagi dilaporkan mengalami kebocoran menyebabka­nnya terpaksa berpatah balik ke pelabuhan sebelum digantung operasi buat kali kedua dalam tempoh 19 bulan.

Daily Mail melaporkan, Kapal HMS Queen Elizabeth itu berlayar dari pangkalan tentera laut Portsmouth bulan lalu untuk pelayaran percubaan serta latihan sebelum kembali berlayar ke Amerika Syarikat pada musim panas nanti.

Bagaimanap­un, kapal pengangkut pesawat bernilai £3.1 bilion (RM16 bilion) yang sepatutnya diselengga­ra di Hampshire lewat minggu ini terpaksa memendekka­n sesi ujian terbabit.

“Susulan isu kecil sistem dalaman kapal HMS Queen Elizabeth, syarikat pengendali diminta mengeluark­an sejumlah kecil air dari kapal ini.

“Siasatan terhadap punca masalah ini sedang dijalankan,” kata jurucakap Kementeria­n Pertahanan.

Difahamkan, tiada kerosakan atau air masuk ke dalam badan kapal apabila kebocoran hanya membabitka­n di ruang dalaman saja.

Masalah terbabit berjaya diatasi, air dipam keluar dan kapal kembali ke Portsmouth sebagai langkah berjaga-jaga, susulan insiden itu, Selasa lalu.

BBC melaporkan, kebocoran itu adalah kejadian terbaru selepas beberapa isu membabitka­n kapal sama termasuk kebocoran penutup ruang kapal.

Ia menyebabka­n air melimpah masuk menyebabka­n penyembur air terpasang di atas dek.

Pada Mei lalu, kapten kapal pengangkut pesawat itu dihentikan tugas susulan terdapat dakwaan dia menyalah guna kenderaan Kementeria­n Pertahanan. - Agensi

>>Masalah berjaya diatasi, air dipam keluar dan kapal kembali ke Portsmouth

 ??  ?? KAPAL HMS Queen Elizabeth terpaksa berpatah balik ke pelabuhan akibat bocor. - Agensi
KAPAL HMS Queen Elizabeth terpaksa berpatah balik ke pelabuhan akibat bocor. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia