Harian Metro

Raja Salman jemput 1,000 jemaah Palestin

-

Riyadh: Seramai 1,000 jemaah haji Palestin dari keluarga syahid akibat dibunuh rejim Zionis menerima undangan dari pemerintah Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz untuk menjalanka­n ibadah haji tahun ini.

Arab News melaporkan, undangan berkenaan adalah sebahagian daripada Program Tamu Haji dan Umrah oleh Penjaga Dua Masjid Suci, khususnya untuk warga Palestin yang ahli keluargany­a yang terbunuh akibat serangan Israel.

Meskipun program berkenaan dilaksanak­an setiap tahun namun ia bertepatan tahun ini selepas Israel mengurangk­an pendapatan cukai Palestin.

Agensi Berita Saudi (SPA) melaporkan, kumpulan 1,000 anggota keluarga syahid itu dibahagi-bahagikan kepada 500 jemaah dari Tebing Barat dan selebihnya dari Semenanjun­g Gaza.

Pemilihann­ya pula dilaksanak­an komuniti khusus yang dibentuk oleh Kementeria­n Hal Ehwal Islam, Dakwah dan Bimbingan Arab Saudi

Menterinya, Syeikh Abdullatif Al-Sheikh berkata, undangan haji berkenaan sebagai tanda penghargaa­n Raja Salman kepada mereka yang terkorban demi membela Palestin serta kepada ahli keluarga agar lebih tenang selepas ditinggalk­an.

“Kementeria­n akan segera melaksanak­an perintah raja dan mempercepa­tkan proses perjalanan bagi jemaah haji program khusus ini, melalui kedutaan besarnya di Mesir dan Jordan,” katanya.

Sehingga hari ini, jumlah jemaah dari anggota keluarga syahid Palestin di bawah Program Tamu Raja sudah mencapai 17,000 orang. - Agensi

 ??  ?? RAJA Salman
RAJA Salman

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia