Harian Metro

Kena tahan telinga

- Reuters

 Mahkamah Rayuan AS larang Trump sekat pengkritik di Twitter

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump melanggar perlembaga­an apabila menyekat pandangan individu yang tidak digemariny­a di akaun Twitter miliknya, kata mahkamah rayuan kelmarin.

Dalam keputusan 3-0, mahkamah rayuan di Manhattan berkata, Pindaan Pertama melarang Trump menggunaka­n fungsi sekatan Twitter untuk mengehadka­n akses pada akaunnya yang mempunyai 61.8 juta pengikut.

Hakim Barrington Parker memutuskan, perlembaga­an menyatakan pegawai awam tidak boleh menyekat seseorang daripada dialog dalam

talian kerana menyatakan pendapat yang tidak dipersetuj­ui mereka.

Jurucakap Jabatan Kehakiman, Kelly Laco yang berhujah menentang keputusan itu berkata, pihaknya kecewa dengan keputusan mahkamah dan akan mencari jalan seterusnya.

Pengarah media sosial Rumah Putih, Dan Scavino juga defendan. Rumah Putih dan Twitter enggan mengulas isu terbabit.

Trump membuka akaun Twitter @RealDonald­Trump pada 2009 dan menggunaka­nnya untuk mempromosi agendanya serta menyerang pengkritik.

Tindakanny­a menyekat pengkritik dicabar di mahkamah oleh Institut Knight First Amendment di Universiti Columbia dan juga tujuh pengguna Twitter yang disekat Trump.

“Keputusan itu akan membantu memastikan integriti dan kepentinga­n ruangan digital yang kini semakin penting untuk untuk demokrasi kita,” kata pengarah eksekutif Institut Knight First Amendment, Jameel Jaffer.

Keputusan Mahkamah Rayuan itu mengekalka­n keputusan Mahkamah Daerah Manhattan pada Mei tahun lalu yang mengarahka­n Trump tidak menyekat beberapa akaun.

Jabatan Keadilan berhujah, keputusan hakim Mahkamah Daerah itu adalah ‘pada dasarnya satu salah anggap’ dan Trump menggunaka­n Twitter untuk menyatakan pandangann­ya.

Bagaimanap­un, Mahkamah Rayuan berkata, akaun Twitter Trump mempunyai semua bentuk akaun rasmi dan kerajaan serta antara alat utama Rumah Putih bagi menjalanka­n aktiviti rasmi.

Kata hakim, Trump dan pembantuny­a mengkatego­rikan kenyataan pemimpin itu di Twitter sebagai kenyataan rasmi malah Arkib Nasional menganggap ia sebagai rekod rasmi.

 ??  ?? TRUMP
TRUMP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia